Pencarian Rakan Strategik Proton Diteruskan – DRB-HICOM
KUALA LUMPUR: Pencarian rakan strategik asing (FSP) Proton Holdings Bhd masih diteruskan dan syarikat menyasarkan untuk menamatkannya pada akhir Jun 2017, menurut DRB-Hicom Bhd.
Dalam kenyataan hari ini, DRB-Hicom mengesahkan semua pembida masih dalam saingan untuk menjadi FSP Proton.
“Kami telah mengumumkan sebelum ini bahawa proses mencari FSP adalah rumit dan DRB Hicom mahu memastikan FSP yang dipilih akan menguntungkan semua pihak,” katanya.
DRB-Hicom berkata ia akan meneruskan proses penilaian dan membawa masuk FSP yang akan meningkatkan kedudukan Proton pada masa akan datang.
“Kami akan membuat pengumuman mengenainya selepas proses tersebut selesai,” katanya.
— BERNAMA
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nvCSgq✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment