Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dhiaaul Sedia Gegar Pentas One Silat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dhiaaul Sedia Gegar Pentas One Silat

PESILAT profesional negara, Dhiaaul Amal Othman. – Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Pesilat profesional negara, Dhiaaul Amal Othman sudah bersedia membawa pulang tali pinggang Kejuaraan Dunia One Silat yang bakal berlangsung di Stadium Badminton Kuala Lumpur, 1 April ini.

Dhiaaul, 24, akan bersaing dalam kategori bantamweight dan dijadual bertemu Isroiljon Rasulov dari Uzbekistan yang disifatkan sebagai lawan agresif.

“Tekanan memang ada kerana membawa nama Malaysia tetapi saya sudah bersedia 100 peratus,” katanya dalam sidang media kejuaraan itu sambil menyatakan dia kini sedang mempersiapkan diri daripada sudut kecergasan.

“Kalau dibezakan dengan lawan sebelum ini, dia (Isroiljon) lebih agresif. Saya kena mempersiapkan diri dari aspek kecergasan.

“Saya jangkakan perlawanan final nanti akan menjadi sukar. Ini tahap tertinggi pernah saya hadapi dan kalau boleh saya tidak mahu kalah.”

Pentas final Kejuaraan Dunia One Silat bakal menyaksikan lima perebutan tali pinggang dalam kelas flyweight, bantamweight, featherweight, lightweight dan middleweight, dengan setiap kategori menawarkan hadiah wang tunai AS$10,000 (RM44,255).

Dhiaaul berkata pada masa ini, dia banyak berlatih bagi membiasakan diri dengan masa yang ditetapkan dalam pertarungan.

“Lima minit untuk setiap lima pusingan dan ia satu masa yang agak panjang. Jadi saya perlu mempersiapkan diri daripada sudut kecergasan,” katanya.

Peminat sukan tempur yang ingin menyaksikan perlawanan final ini boleh mendapatkan pas masuk bermula dari jam 5 petang di kaunter tiket stadium, pada 1 April ini.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nKYiGV

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.