Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semua Hartanah Kat Malaysia Bakal dimiliki Oleh Bukan Melayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semua Hartanah Kat Malaysia Bakal dimiliki Oleh Bukan Melayu

Salam semua. Minggu lepas, viral kejap kisah awek kerja kedai kopi bergaji RM1,400 berjaya beli rumah RM100k. Nama beliau Siti. Saya kenal individu ini, yang kerja di Coffee Be** tempat saya selalu beli kopi saya setiap hari. Beliau seorang yang baik, peramah dan tak pernah saya dengar beliau komplen pasal apa pun. Bila dia dapat tahu yang saya terlibat dalam bidang hartanah, beliau tanya saya proses nak beli rumah dan saya ajar buat sampai beliau berjaya beli rumah. Alhamdulillah sebab kisah beliau boleh dijadikan pelajaran dan iktibar yang bukan semua yang gaji kecil tidak akan ada peluang beli rumah. Kalau ada ilmu sikit dan dah buat persediaan, insyaAllah patut boleh beli rumah.

BACA : Pernah dihina gaji RM1,500, lelaki ini buktikan dia mampu beli rumah sendiri

Kisah Siti ni patut jadi kisah gembira. Kisah orang gaji kecil yang dapat beli rumah. Beliau kongsi cara beliau simpan duit. Ini bagi saya, kisah harapan. Beliau tidak mengutuk dan menghina sesiapa, cuma sekadar berkongsi cara beliau supaya orang lain yang gaji tak besar, tak putus asa dan suatu hari nanti, boleh miliki rumah sendiri. Kisah yang patut diraikan. For a change, the small guys win this time.

Tapi saya tak faham bila baca komen komen pembaca macam ni. Apa yang anda marah sangat dgn Siti ni. Apa yang beliau pernah buat kat anda sampai macam ni korang maki beliau? Orang kongsi ilmu percuma dan ajar cara nak buat benda yang anda sendiri tak reti nak buat, anda marah. Sampai si Siti ni, dah serik nak kongsi ilmu bila baca komen anda. Ye la, siapa nak susah payah kongsi ilmu bila resultnya hanya kena maki.

Pemilikan hartanah di kalangan bumiputera kat negara ni tak sampai 40%. 60% bumiputera tapi miliki tak sampai 40%. Alasan kenapa pemilikan hartanah lemah, sebab selalu bagi banyak alasan. Alasan wajib dipakai adalah menyalahkan speculator, kapitalis, kerajaan, menteri, kucing jiran kuat berak, bontot kiri kau gatal dan lain lain. Walhal sendiri tak simpan duit, ilmu tak mahu cari walaupun banyak yang free, tak reti bertanya ilmu elok-elok. Bila orang kongsi ilmu, kau dengki dan maki sebab hidup kau sendiri sucks tapi kau taknak berubah.

Mungkin, mereka ni lebih suka kalau pemilikan hartanah bumiputera kat Malaysia ni jatuh bawah 10% kot. Biar menyewa je sampai mati, kena halau dari bandar bila sewa makin naik. Biar macam dulu dulu, orang bumiputera semua miskin harta dan minda dan duduk kampung. Mungkin kalau macam ni, baru diorang ni gembira.

Kalau anda memang suka sangat tengok pemilikan hartanah jatuh di kalangan bumiputera dan terus nak kecam orang macam Siti, saya mohon sangat anda unfriend saya. Misi saya nak tingkatkan pemilikan hartanah terutamanya di kalangan orang muda. Kalau kita tak sama hala tuju, anda hanya buang masa sahaja jadi kawan atau follower saya.

Kalau anda rasa cerita Siti ni patut diraikan, dan patut kita belajar, saya mohon anda kongsikan status ini. Bagi semangat sikit kat budak budak muda macam Siti, dan kita nak galakkan mereka berkongsi ilmu. Boleh?

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nYNuSN

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.