Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wani Kayrie impi jadi penyanyi pelapis berkualiti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wani Kayrie impi jadi penyanyi pelapis berkualiti

BAKAT gadis manis berusia 17 tahun ini mula menyerlah setelah menjuarai pertandingan nyanyian kanak-kanak terbitan Astro, Kamilah Bintang tujuh tahun lalu.

Mungkin kerana usianya yang masih terlalu muda ketika itu, perjalanan Wani Kayrie atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah kurang menyerlah.

Bagi Wani, pengalaman lalu banyak mengajar dan mematangkan dirinya dalam dunia nyanyian.

Atas tiket minat mendalam itulah, bintang muda yang masih menuntut di tingkatan lima Sekolah Menengah Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya ini gigih menongkah arus dalam dunia seni.

“Jujurnya, saya tidak ralat kerana nama lambat dikenali. Saya anggap ia sebagai sandaran untuk menjadi lebih baik dalam misi menjadi penyanyi pelapis yang berkualiti. Masa itu, rezeki belum ada.

“Saya juga percaya, sama ada kita jadi juara atau tidak di dalam sesebuah pertandingan, ia bukanlah ‘tiket besar’ untuk kita bersenang-senang dalam seni.

“Sebaliknya, usaha berterusan adalah senjata paling ampuh untuk memastikan diri kekal relevan dalam dunia seni,” katanya yang mengakui tidak pernah berputus asa.

Restu ibu bapa

Anak sulung daripada tiga beradik ini mengambil inisiatif sendiri membuat persembahan pentas selain mengumpul peminat menerusi medium media sosial.

“Selepas Kamilah Bintang, saya banyak cari show sendiri. Pertemuan dengan wakil Suria Records (SRC) yang pada ketika itu melihat persembahan saya telah membuka pintu rezeki buat saya.

“Benarlah kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Single sulung saya, Jangan Jangan ciptaan DJ Fuzz mula meraih perhatian.

“Sedikit demi sedikit, saya mula ada kelompok peminat sendiri yang rata-ratanya remaja. Sehingga kini, muzik video lagu tersebut sudah pun mendapat lebih 4 juta tontonan di laman YouTube,” katanya.

Menyifatkan sambutan terhadap lagu itu sebagai sesuatu yang tidak pernah dijangka, Wani sempat merakamkan ucapan terharunya juga buat peminat yang setia menyokong.

“Syukur Alhamdulillah, kepayahan dan kesungguhan ini dilihat berbaloi. Terima kasih buat ibu bapa juga yang memberikan restu. Meski masih di bangku sekolah, namun mereka tidak pernah menyekat minat saya dalam nyanyian, asalkan masih menjadi pelajaran sebagai fokus utama.

“Malah, merekalah yang jadi penyokong paling kuat, tidak jemu-jemu memberikan nasihat,” katanya yang muncul dengan single kedua berjudul Berteman Saja tahun lalu.

Baginya, meskipun impak Berteman Saja tidaklah sehebat Jangan Jangan, namun itu signal bahawa dia memang serius dalam seni dan tidak mahu mengharapkan satu single sahaja.

“Terbaru, saya muncul dengan single duet berjudul Kumbang dan Bunga bersama kumpulan duo, Viral,” ujar Wani yang bakal sibuk pada waktu terdekat bagi merakamkan lagu terkininya.

Kongsi Wani, lagu terbaru yang masih belum mempunyai judul itu merupakan sebuah projek istimewanya bersama komposer terkenal, Audi Mok.

“Muziknya lebih fresh, catchy dan mesra pendengar. Memandangkan sekarang  cuti persekolahan,  ia memudahkan saya untuk proses merakam single,” beritahu penyanyi asal Kuala Lumpur ini lagi.

Kagumi Jaclyn Victor, Faizal Tahir

Ditanya siapa penyanyi senior yang menjadi idolanya, Wani mengakui dia cukup hormat dan kagumi dua figura terkenal tanah air iaitu Jaclyn Victor dan Faizal Tahir.

“Saya begitu suka dengan mereka. Bagi saya, mereja simbolik kepada penyanyi Malaysia yang ada pesona.

“Jaclyn Victor misalnya, dia memang dikenali sebagai penyanyi lagu bernada tinggi yang baik. Tengok dia menyanyi, nampak macam senang saja.

“Begitu juga dengan Faizal Tahir. Saya lihat, dia seorang penghibur yang versatil. Boleh menyanyi dan buat lagu. Kalau boleh saya mahu jadi sepertinya, Insya-ALLAH. Kejayaan mereka inspirasi buat saya,” akhiri Wani.

The post Wani Kayrie impi jadi penyanyi pelapis berkualiti appeared first on Berita Viral.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nPKafG

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.