Hi! Welcome Back and Stay Tune! Johan Nawawi Selamat Dikebumi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Johan Nawawi Selamat Dikebumi

KUALA LUMPUR: Allahyarham komposer terkenal Johan Nawawi, 52 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Petaling Jaya pada 3.15 petang selepas solat Jumaat.

Jenazah Sebelum itu disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Allahyarham yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby kira kira jam 6.30 pagi akibat komplikasi jantung. 

Nora ketika ditemui Astro AWANI hari ini menceritakan detik sebelum pemergian insan tersayang.

“Semalam suhu badan dia panas dan terus pergi klinik. Masa di klinik, doktor nasihat untuk ke hospital tapi dia hendak balik rumah,” katanya.

Jelas Nora, ketika berada di rumah, beliau masih cuba memujuk Johan untuk ke hospital.

“Akhirnya dia setuju ke hospital, dan setiba di sana doktor membuat pemeriksaan.

“Doktor sahkan jantungnya tiada masalah ketika itu, cuma darah putih yang tinggi dan doktor masukkan air,” katanya.

Tambahnya, Johan kemudian dimasukkan ke wad bersama pesakit lain.

“Disebabkan saya tidak boleh menunggu, saya balik pada pukul 2 pagi. Saya bersyukur kerana sempat bersalam dan cium dia sebelum balik dan saya rasa kurang ralat,” katanya.

Kata Nora lagi, selepas meninggalkan hospital hampir tiga jam, dia dihubungi pihak hospital.

“Masa di rumah saya tidak tidur sebab saya tunggu untuk mengecas telefon bimbit.

“Hospital hubungi saya pada pukul 5.30 pagi dan maklumkan Johan sedang tenat,” katanya yang tidak sempat berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.

Selain sanak saudara, turut hadir memberi penghormatan terakhir di pusara pada Jumaat termasuk rakan rapat Allahyarham Datuk M Nasir dan Datuk DJ Dave.

Menurut M Nasir, Johan adalah antara individu yang disegani sepanjang kariernya.

“Dia seorang yang baik, peramah, rajin dan kreatif. Dia kawan baik bagi saya walaupun dia bekerja di sebalik tabir, tapi sangat terasa kerana dia orang yang aktif dan dia bukan jenis suka duduk diam,” katanya.

Johan banyak mencipta lagu untuk isterinya Nora seperti Satu, Desa Tercinta, Naluri, dan Samudera.

Allahyarham yang merupakan penggubah lagu pop sejak 1980-an adalah anak bekas Ketua Pengarah Pusat Islam yang pertama, Mohd Nawawi Mahmud.

Sepanjang karier sebagai komposer, Allahyarham turut menghasilkan lagu berunsur ketuhanan seperti ‘Erti Al-Fatihah’ nyanyian anak perempuannya.

Lagu berkenaan turut dimuatkan dalam siri animasi “Ummi – Ceritalah Pada Kami!”

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nv9HK5

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.