Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 Lagu Popular Yang Pernah Dicipta Oleh Johan Nawawi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 Lagu Popular Yang Pernah Dicipta Oleh Johan Nawawi

Keunggulan Johan Nawawi dicerminkan menerusi kejayaan isterinya, Nora.

Penyanyi yang mencipta fenomena tersendiri sekitar awal 1990-an hingga kini itu banyak dibantu oleh kehebatan komposisi dan lirik lagu ciptaan suaminya, Johan.

Malah, karya-karya malar segar yang dihasilkan Johan kekal menjadi siulan hingga kini.

Sebut saja lagu Di Persimpangan Dilema, Samudera, Desa Tercinta, mustahil untuk orang tidak pernah mendengarnya.

Bukan itu saja, Johan juga pernah mencipta lagu bersama penyanyi terkemuka seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sheila Majid dan penyanyi Indonesia, Kris Dayanti.

Mengenang pemergian Allahyarham Johan Nawawi, kami senaraikan lagu-lagu terbaik yang pernah diciptanya sepanjang hayat. Al-fatihah.

1) Hanya Satu
Penyanyi: Nora
Album: Hanya Satu
Tahun: 1998

Ia karya terbaik yang pernah Johan hasilkan untuk Nora. Lagu itu lengkap segala rencah daripada susunan muzik hingga puitisnya lirik.

Malah, vokal lunak Nora melantunkan lagu itu menjadikan ia sebuah lagu yang sukar ditandingi oleh penyanyi lain yang cuba untuk menyanyikan semula.

Hanya Satu pernah tercalon dalam ketegori balada Anugerah Juara Lagu 1999.

[embedded content]

2) Naluri (Hadirlah Kekasih)
Penyanyi: Nora
Album: Naluri
Tahun: 1997

Nora mendapat pencalonan untuk kategori Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 1997 namun dikalahkan oleh lagu Jerat Percintaan (Datuk Siti Nurhaliza).

Sentuhan Johan untuk lagu ini juga menjadikan Nora kekal relevan dan penyanyi disegani ketika itu.

Naluri (Hadirlah Kekasih) juga pernah dicalonkan untuk kategori balada dalam Anugerah Juara Lagu ke-12 (1997).

[embedded content]

3) Desa Tercinta
Penyanyi: Nora
Album: Kirana
Tahun: 2001

Lagu yang menggambarkan kemeriah dan keriuhan suasana kampung. Ya! Ia merupakan satu transisi berbeza muzikaliti Nora.

Boleh dikatakan Desa Tercinta adalah eksperimentasi genre Johan yang sukses.

Lagu itu juga pernah dicalonkan dalam kategori etnik kreatif Anugerah Juara Lagu 2001.

Pasti semua akan ingat gimik Nora membawa ikan hidup atas pentas ketika mempersembahkan lagi itu suatu ketika dahulu bukan?

[embedded content]

4) Samudera
Penyanyi: Nora
Album: Samudera
Tahun: 2006

Selain komposisi muzik yang hebat, lagu itu dilengkapkan dengan nukilan lirik puitis Ahmad Fedtri Yahya.

Ia merupakan percubaan berjaya Nora menembusi irama etnik kreatif selepas Desa Tercinta.

Lagu itu memenangi kategori etnik kreatif Anugerah Juara Lagu 2007.

[embedded content]

5) Jentayu
Penyanyi: Nora, Datuk Sheila Majid
Album: Jentayu… Koleksi Ilhamrasa
Tahun: 1995

Single tersebut telah memenangi kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Album (Berkumpulan) dan Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik tahun 1996.

Lagu Jentayu diolah daripada bait-bait puisi nukilan sasterawan negara, Usman Awang.

[embedded content]

6) Bintang Malam
Penyanyi: Datuk Siti Nurhaliza
Album: Lentera Timur
Tahun: 2008

Johan bergabung dengan Amran Omar untuk menghasilkan lagu berentak etnik kreatif untuk penyanyi nombor satu negara.

Biarpun lagu itu tidak mendapat hits sehebat Di Kayangan Kita atau Di Taman Teman namun, lagu itu melengkapkan keseluruhan album Lentera Timur hingga diiktiraf Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 2009.

[embedded content]

Teks oleh: Amri Hassan

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2neDQLA

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.