Khalid Harap Yusoff, Subahan Menang Pemilihan Esok
bhsukan@bh.com.my
KHALID Ali. – Foto Osman Adnan
MELAKA: Legenda bola sepak negara, Khalid Ali berharap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bakal bertanding pada Kongres pemilihan FAM ke-53 dapat bergandingan dengan presiden baharu FAM, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam usaha melonjak kecemerlangan bola sepak negara.
Menurutnya, pemilik jawatan nombor dua itu perlu bertindak agresif membantu dan memberi idea serta bersama-sama TMJ bagi merangka strategi ke arah masa depan bola sepak Malaysia yang lebih meyakinkan.
Saingan sengit tiga penjuru merebut jawatan terbabit termasuk Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, penyandang Datuk Seri Afandi Hamzah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal bakal ditentukan esok.
Khalid berkata, ketiga-tiga calon memiliki kredibiliti yang positif untuk membantu TMJ, namun dia melihat Yusoff dan Subahan mempunyai kelebihan untuk bertindak selari dengan kehendak presiden, walaupun Afandi juga orang lama yang terbukti mampu bekerjasama.
“Rekod Yusoff dilihat baik menerusi reputasinya melonjakkan Melaka United (MU), selain tokoh yang paling rapat dengan TMJ, sekali gus mampu memberi keselesaan buat mereka bersama-sama merencana percaturan yang lebih berkesan.
“Subahan juga memiliki pengalaman dan ketokohan untuk bersama Yusoff membantu presiden,” katanya.
Bagaimanapun, bekas bintang Olimpik Malaysia 1980 itu berkata, semuanya terletak di tangan perwakilan untuk membuat keputusan berkaitan kedudukan dua jawatan yang menjadi tumpuan itu.
Pemilihan di Petaling Jaya esok menjadi anti klimaks apabila Annuar menarik diri, 48 jam sebelum berlangsung pengundian.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mXzcA4✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment