Hi! Welcome Back and Stay Tune! DRB-Hicom Menegaskan Pencarian Rakan Strategik Asing Bagi Proton Masih Berjalan Lancar, Proses Penilaian Ditamatkan Pada Suku Kedua Tahun Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DRB-Hicom Menegaskan Pencarian Rakan Strategik Asing Bagi Proton Masih Berjalan Lancar, Proses Penilaian Ditamatkan Pada Suku Kedua Tahun Ini

Baru-baru ini, Zhejiang Geely dikatakan telah menarik diri daripada bidaannya untuk menjadi memiliki pegangan majoriti dalam Proton. Presiden Geely, An Conghui memaklumkan bahawa syarikatnya sah menarik diri daripada perbincangan untuk menjadi rakan strategik asing (FSP) Proton.

Ini bermakna hanya tinggal Kumpulan PSA sebagai satu-satunya calon tunggal yang masih berminat ke atas Proton. Syarikat ini juga mengesahkan mereka telah menghantar proposal dan bidaannya, dann mengumumkan sedang berbincang dengan pengeluar kenderaan nasional itu.

Petang ini, DRB-Hicom telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan mengesahkan pencarian FSP Proton masih lagi diteruskan. Malah seperti yang diumumkan pada Februari lalu, DRB-Hicom mensasarkan untuk menamatkan proses penilaian menjelang akhir suku kedua tahun 2017.

Malahan, DRB-Hicom turut mengesahkan semua pembida masih dalam saingan untuk menjadi FSP Proton. Dengan menegaskan proses pencarian FSP ini adalah rumit kerana ia akan dipilih bagi keuntungan semua pihak terbabit. Di mana setiap rundingan adalah usaha kedua-dua pihak untuk memastikan sinergi dengan pelan masing-masing.

Walau bagaimana pun, proses sebegini adalah menjadi kebiasaan dalam mana-mana rundingan perniagaan di mana pihak terbabit membuat cadangan-cadangan yang berasingan dan berbeza, bergantung kepada apa yang diminta dan dicadangkan oleh pihak kedua. Dan DRB-Hicom akan mengumumkan syarikat mana yang berjaya membida kepentingan di dalam Proton apabila tiba masanya kelak.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nuLTpN

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.