Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dhaarma Tuntut Pemain Simpanan Rebut Peluang Di Eropah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dhaarma Tuntut Pemain Simpanan Rebut Peluang Di Eropah

KETUA jurulatih skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah. – Foto Lugman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah menuntut pemain simpanannya memanfaatkan peluang pendedahan di bumi Eropah pada April ini.

Jelas bekas pengendali skuad Malaysia Tigers itu, ini bagi mengelak pemain senior terbeban dengan aksi berpanjangan sehingga menjejas kecergasan mereka.

Menurutnya, ketika Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL2) Januari lalu, pasukannya dilihat terlalu bergantung kepada pemain-pemain senior.

“Saya tidak mahu situasi seperti WHL2 berulang apabila kebanyakan pemain utama seperti kapten Nur Amarina Ruhani, Juliani Din dan Nuraini Rashid terpaksa bermain penuh sepanjang kejohanan.

“Seboleh-bolehnya, saya mahu pemain simpanan memastikan jurang itu semakin mengecil kerana kalau boleh, saya mahu menggilirkan pemain secara maksimum.

“Kita harus ingat Jelajah Eropah menjadi medan persiapan terakhir sebelum berdepan Separuh Akhir WHL, yang mana tahap pasukan di sana jauh lebih hebat.

“Justeru, kita perlu memastikan 18 pemain yang ada benar-benar bagus… ini kerana pasukan akan menjadi lebih kuat dan pantas jika dapat menggilirkan pemain lebih kerap,” katanya.

Skuad Malaysia Tigress akan berkampung di Eropah selama 22 hari bermula 8 April depan sebagai persiapan menghadapi Separuh Akhir WHL yang menjadi kelayakan terakhir ke Piala Dunia 2018 pada Jun depan.

Di sana, skuad 22 pemain itu akan menghadapi perlawanan persahabatan bertemu skuad Bawah-21 (B-21) Jerman, skuad B-21 Belanda dan 10 perlawanan bertemu kelab utama di kedua-dua negara berkenaan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nPeh71

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.