Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Saya Lebih Dahulu Tarik Diri" – Zainol Fadzi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Saya Lebih Dahulu Tarik Diri" – Zainol Fadzi

DATUK Zainol Fadzi Paharudin. – Foto Muhaizan Yahya

IPOH: Keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dibuat Datuk Zainol Fadzi Paharudin semalam tidak ada kaitan dengan pengumuman menarik diri bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Zainol Fadzi berkata, beliau sebaliknya sudah menyediakan surat lebih awal sejak Isnin lalu dan menghantarnya ke pejabat FAM sebelum membuat pengumuman secara rasmi.

“Saya dalam perjalanan hendak pergi menghantar surat berkenaan dan tiba di pejabat FAM pada jam 1 tengah hari, Annuar pula membuat pengumuman kira-kira jam 12 tengah hari di Parlimen dan beliau membuat pengumuman sebelum menghantar surat.

“Sebenarnya keputusan saya lebih awal, cuma kerana merasakan lebih baik menunggu sehingga saya menyerahkan sendiri surat kepada pejabat FAM, jadi tidak timbul isu mengatakan saya mengikut jejak Annuar,”

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Zainol Fadzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air berkata, alasan utama tidak mempertahankan jawatan itu juga adalah untuk memberi tumpuan dan tuntutan keutamaan untuk diberikan kepada jentera pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14. 

“Sudah tentu saya mengambil keputusan demi kepentingan kerajaan, saya sebagai seorang ahli EXCO perlu melaksanakan banyak lagi perkara dalam proses hendak menghadapi PRU ke-14, itu antara keutamaan yang saya fikirkan dan sewajarnya saya lakukan,” katanya

Zainol Fadzi berkata, beliau sudah berfikir panjang dan mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk memaklumkan keputusan menarik diri.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada persatuan gabungan yang memberikan pencalonan sehingga beliau menerima pencalonan yang tertinggi untuk jawatan Naib Presiden.

“Saya memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan dan terpaksa membuat keputusan di saat akhir, bagaimanapun dengan keputusan lebih awal ini akan memudahkan sekretariat untuk mengadakan sistem pengundian esok,” katanya

BH semalam melaporkan Zainol Fadzi mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya menjelang kongres persatuan itu yang akan berlangsung esok.

Semalam, Annuar turut membuat pengumuman penarikan diri daripada bertanding merebut kerusi nombor satu FAM.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nYmZNa

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.