Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ford Ranger 3.2L WildTrak Jet Black Edition – RM142k - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ford Ranger 3.2L WildTrak Jet Black Edition – RM142k

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah mengumumkan penawaran Ford Ranger Wildtrak edisi terhad, dengan warna Jet Black pada varian 3.2L WildTrak Automatic 4×4 High Rider. Sebelum ini, trak pikap tersebut hanya ditawarkan dalam warna Pride Orange dan Cool White.

Model istimewa facelift T6 ini juga datang dengan penutup bahagian belakang (rear deck lid), manakala gril dan bamparnya juga dicatkan dengan warna hitam matte (pada WildTrak standard, ia berwarna kelabu metalik), serta terdapat ‘jalur perlumbaan’ yang bermula dari bonet hingga ke belakang.

Tiada perubahan mekanikal dilakukan pada model ini, dan ia masih lagi menggunakan enjin Puma P5AT lima silinder 3.2 liter Duratorq TDCi. Dengan gabungan transmisi automatik 6R80 enam kelajuan, ia mampu menghasilkan 197 hp pada 3,000 rpm dan 470 Nm pada antara 1,750 hingga 2,500 rpm.

Spesifikasi dan kelengkapan lain juga masih sama, termasuk sistem informasi dan hiburan SYNC 3. Ranger WildTrak adalah model Ford pertama di Malaysia yang menggunakan sistem ini, menggantikan SYNC 2. Kelengkapan utama pada kenderaan ini adalah antaranya skrin sesentuh lapan inci dengan teknologi sentuhan kapasitif yang membolehkan operasi ‘pinch and swipe‘, serta integrasi Apple CarPlay dan Android Auto, Pandora serta Google Maps+.

Ford Ranger 3.2L WildTrak Jet Black edisi terhad ini dijual pada harga RM141,588 atas jalan, tidak termasuk insurans. Ini adalah sedikit lebih daripada harga asal RM139,838 yang ditetapkan pada WildTrak 3.2L standard.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nYy8xn

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.