“Duduk rumah mentua samalah macam korang hulur tengkuk untuk dipenggal”
(Kredit daripada IIUMC)
Assalammualaikum…
Terpanggil nak berkongsi kisah lepas baca kisah menantu derita si Liza tu. Simpati tu ada, tapi pada aku si Liza tu sebenarnya yang cari penyakit.
Masa bf ajak kahwin then cakap nak tinggal dulu rumah parents sementara dapat kumpul duit menyewa tu yang setuju dah kenapa? Sedangkan bukan tak tau islam sangatlah tegaskan bila dah berkahwin berpisahlah bumbung daripada keluarga. Korang rasa kenapa? Wanita-wanita kalau bf ajak duduk rumah parents dorang lepas kawin.. samalah macam korang hulur tengkuk korang untuk dipenggal paham dak?
Dalam penceritaan tu pun dah kata mula-mula ok lama-lama keruh. Patutnya sebelum jadi keruh tu lah bawak diri cepat keluar dari rumah tu.
Sekarang aku nak cerita kisah aku sikit. Lepas berkawan dengan bf aku setahun dia ajak kahwin. Perkara pertama yang aku tanya adalah nak duduk mana lepas kahwin. Aku tak ada nak bersweet-sweet plan anak berapa orang, nama anak apa yada yada yada..dok cerita-cerita berangan buat apa! Face the reality… tuk membina keluarga baru perkara asasnya adalah tentulah sebuah rumah tuk tinggal dan bina brsama.. bukan nak suruh mata duitan kene beli rumah dulu ke apa ker… menyewa dulu pun ok lah… tak kisahlah tidur bertilam toto atau makan nasi dengan kicap sekalipun. Nak bina keluarga nak kahwin.. keluar dari rumah family. Aku sangat brtegas dalam hal ni sebab adik beradik aku ramai.. aku pun berkongsi bilik dengan adik perempuan aku. Mak aku memang tegas kalau anak-anak dah kahwin sila pindah keluar untuk adik-adik yang lain dapat bilik sendiri. Aku faham maksud mak aku bukan dia nak menghalau. Tapi nak kita laki bini ni ada tanggungjawab. So suami aku 2 bulan sebelum majlis kahwin dah bayar deposit rumah sewa siap-siap. Pindahkan sikit-sikit barang-barang aku from rumah parents just tinggalkan sikit-sikit jer baju yang nak pakai.
Ada juga masa beraya ke rumah bakal mentua bapa dia cakap dengan aku tak payah membazir menyewa, duduk jer rumah dia banyak bilik kosong (konon) lah. Ya. Memanglah banyak bilik kosong sebab abang dan kakak dia dah berkawin dan tinggal di negeri berbeza. 2 lagi adik dia kat asrama. Yang tinggal kat rumah tu cuma seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Aku senyum jer… tapi dengan suami aku cakap terus terang tak nak! Sebab apa..nanti bila time cuti sekolah ker dah sah-sah lah rumah tu penuh dengan yang dah kahwin tu pun balik jenguk mak dia… habis kau rasa kau boleh selesa ker? Terus terang klu kena menetap rumah mentua lepas kahwin baik tak payah kahwin dulu! Baik duduk rumah mak bapak aku jer. Lagi selesa. Please jgn jadikan gaji kecil sebagai alasan tuk lepaskan tanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal tuk isteri ye.
Suami aku pun basic salary hanya 3 angka masa nak kahwin. Maka lepas bertunang kami tak selalu keluar. 3 bulan sekali baru jumpa. Dia pulun OT banyak-banyak. Sebab tahu nak ambil anak orang.. pandai2lah dia cari jalan. Aku pun tak demand rumah tu mesti tersedia semua. Awal-awal kahwin mesin basuh pun tak ada. Menyentallah aku basuh baju pakai tangan. Tapi tak per… asal bukan serumah dengan mentua. Jangan salah faham ye bukan tak suka dengan MIL aku. Aku rapat jer dengan MIL dan ipar-ipar semua… dan sebab nak jaga hubungan rapat tu lah aku tak mau duduk sebumbung sebab cara kita dibesarkan memang tak sama. Dah kalau kau membesar seperti angsa yang cantik serba serbi bersih sempurna. Pastu ko masuk dalam family yang macam ayam jenis berak merata.. nak tak nak kau kenalah jadi ayam sama! Inilah yang jadi kat si Liza tu.
Hikmahlah jugak si Liza tu tak ada anak. Sebab apa? Kalau setakat hidup berdua pun dah tak mampu nak sediakan rumah.. nanti anak dah 3 pun belum tentu ada rumah. Maka malam-malam dok berhimpit lah ko 5 beranak dalam bilik sama. Kat situlah baju kau, baju anak-anak kau.. tak rimas ker? Kalau rumah mentua sebesar rumah Yusof Haslam tu ok lah tingkat rumah lagi banyak dari jumlah anak. Ini tidak…. dah tau jumlah bilik pun tak sebanyak jumlah anak-anak yang ada kau pulak ada hati nak menyempit lagi dalam rumah tu. Tu bukan kata susah senang sama tapi cari penyakit.
Maaflah wanita semua sebab aku sangat menyampah baca kisah menantu yang derita hidup rumah mentua sebab bagi aku kau yang pilih jalan tu awalnya jadi buat apa nak mengeluh. Tuk apa disalahkan keluarga mentua sebab yang salah adalah awak dan suami awak yang bimbang tuk bina keluarga dalam rumah yang mana awak sendiri boleh jadi surinya. Konon duduk rumah family sementara. Tapi sementara tu sampai bila? tunggu apa? hujan emas dari langit ker? Last-last kau yang mereput kat rumah tu meratapi nasib sedangkan kau yang menempah maut.
Aku ada jer kawan yang senasib Liza ni. Orang jauh pantai timur. Bf orang Selangor. Puas aku nasihat tapi nak kawin jugak pastu tinggal dengan mentua. Ha…sekarang dah 5 tahun kurus kering dibuatnya. Hidup makan hati. Makan tengahari jangan cakaplah…hari-hari bawak bekal. Kadang nasi kosong dengan telur goreng jer…kadang sayur kubis semata. Dari raut wajah pun boleh tau lah yang dia tak gembira sebab zaman anak dara menyewa dengan kawan-kawan lagi gembira aku tengok. Paling aku kesian kita ni ada mak…kadang mak tu teringin nak berjalan jenguk menantu dan cucu. Jadi bila mak dia datang sini…bukan nye datang rumah anak tapi ke rumah besan. Tak ke kesian tu.
Sekian confession berserta nasihat daripada akak ni yang dah ke tahun ke 11 berumahtangga. Alhamdullilah bahagia dan dah berjaya beli rumah sendiri.
– Lina
The post “Duduk rumah mentua samalah macam korang hulur tengkuk untuk dipenggal” appeared first on The Alternatif.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mYRa58✍ Sumber Pautan : ☕ The Alternatif
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment