6 perkara ini yang Membuka Pintu Rezeki Seluas-Luasnya
Rezeki ataupun nikmat dikurniakan oleh Allah kepada manusia sesuai dengan sifat Al-RahmanNya. Sebab itu jika kita lihat orang bukan Islam pun mempunyai harta yang melimpah ruah. Itulah sifat Al-Rahman Allah. Dia akan berikan kepada sesiapa saja baik muslim ataupun tidak yang berusaha mencari rezeki.Namun untuk kita ummat Islam, kita dilimpahi dengan sifat Al-Rahim Allah.
Pemberian Allah kepada orang muslim berbeza dengan yang bukan muslim. Rezeki yang muslim dapat akan menjadi berkat. Dan rezeki yang Allah kurniakan itu akan disyukuri dan digunakan sebaik-baiknya ke arah keredhaan Allah. Untuk kita sebagai ummat Islam, ada amalan-amalan yang amat Allah sukai untuk kita amalkan untuk menjadi penyebab murah rezeki.
Diantaranya tips untuk dimudahkan rezeki tersebut ialah:
1. Meluangkan masa untuk beribadah
Ini terbukti apabila Allah sendiri berfirman di dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksug:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)
2. Memperbanyakkan istighfar
Istighfar ialah perbuatan berbentuk penyesalan, pengakuan dosa dan rintihan hamba kepada Allah. Justeru Allah amat suka dan kasihan kepada orang yang selalu bertaubat dan akan menghapuskan duka, menyelesaikan masalah dan memberi rezeki kepada hamba yang suka beristighfar seperti janjiNya di dalam sebuah hadith:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
3. Sentiasa mengingati Allah
Dengan meningati Allah hati akan menjadi tenang. Kategori rezeki ini hanya diberikan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
(Ar-ra’d: 28)
4. Berbakti (berbuat baik) dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda lagi:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab murah rezeki. Ini bersandarkan kepada sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
5. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”
(Riwayat Bukhari)
6. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Riwayat Muslim)
Sumber: sohoque.com
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2papkHB
✍ Sumber Pautan : ☕ ISU sEMASA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment