Hi! Welcome Back and Stay Tune! NIK ABDUH RISAU DEMOKRASI PEMUDA PAS MATI - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NIK ABDUH RISAU DEMOKRASI PEMUDA PAS MATI

Bekas Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan kerisauan sekiranya sistem demokrasi hilang dari kepimpinan sayap parti itu.

Menurutnya, ia susulan budaya bertanding jawatan di peringkat Pemuda PAS itu semakin berkurang.

“Hanya 14 orang pertandingan dalam jawatan ahli jawatankuasa, seingat saya ini yang paling sedikit?

“Sehingga saya sebut dalam mesyuarat terakhir bahawa saya agak terkilan, ketika kita gembira suasananya agak tenang, tetapi saya bimbang kalau masing-masing tarik diri maka hilanglah demokrasi dalam Dewan Pemuda PAS,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Pemuda PAS ke-58, di Alor Setar hari ini.

Terdahulu, pemilihan kepimpinan tertingi Pemuda PAS menyaksikan hanya jawatan ahli jawatankuasa sahaja dipertandingkan, manakala jawatan-jawatan lebih tinggi dimenangi tanpa bertanding.

Ia berikutan ramai calon yang memilih untuk menarik diri daripada pencalonan termasuk jawatan timbalan ketua pemuda dan naib ketua pemuda.

Jangan tarik diri

Anggota parlimen Pasir Mas itu berkata, beliau berharap suasana itu tidak akan berterusan di masa akan datang.

“Saya tidak berminat kalau ramai yang menarik diri. Setelah perwakilan di seluruh negara bermesyuarat masing-masing berfikir untuk memilih calon yang lawayak, tetapi yang layak ini suka tarik dari.

“Saya harap suasana bukan menjadi amalan yang berterusan. Orang yang dicalonkan janganlah tarik diri.

“Berilah peluang kepada perwakilan untuk mengundi kerana itulah hak setiap perwakilan yang datang dari seluruh negara,” katanya.
Bagaimanapun, Nik Abduh berkata walaupun beliau tidak menganggap perkara itu (tarik diri) salah namun menyatakan kebimbangan jika demokrasi akan mati.

“Tak tarik diri adalah sunnah khulafa ar-rasyidin, yang dimulakan oleh Saidina Ali (Abi Talib) dan Saidina Uthman (Affan).

“Jadi yang nak tarik diri itu tarik dirilah dengan mulia dan yang tak mahu tarik diri itu, jangan tarik diri dengan rasa bangga kerana ikut sunnah sahabat nabi,” katanya.

– M’kini

.



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oDixao

✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.