Mengapa Peninju Berhijab Ini Dihalang Bertanding Di Amerika?
Bagi seorang remaja yang begitu minat dengan sukan tinju, dia memperjuangkan hak untuk bersaing dalam imej berhijab beliau.
Amaiya Zafar, 16, bermula dalam sukan tinju sejak tiga tahun lalu dan semakin dikenali dikalangan peninju seluruh dunia. Bukan sahaja sebagai remaja dari Minnesota bersaing dalam sukan yang didominasi lelaki, tetapi dia juga seorang Muslim.
Memetik laporan The Star Tribune, jurulatihnya, Nathaniel Haile berkata, ianya merupakan satu langkah yang besar.
“Beliau memperoleh hak untuk mempamerkan kemahiran beliau, dan saya gembira untuknya. Tetapi ia hanya langkah pertama dalam membolehkan dia mencapai impiannya,” katanya.
Ini adalah satu peristiwa penting dalam kerjayanya yang baru diceburi.
Pertarungan pertama yang dikenakan sekatan dijadualkan berlangsung lewat bulan ini pada 29 April di perlawanan Tinju Amatur Spring Fling di Minneapolis, tetapi haknya untuk bersaing hanya meliputi sejauh sempadan Amerika Syarikat, menjadikan beliau tidak boleh bersaing di peringkat kebangsaan.
Amaiya telah menetapkan harapan beliau lebih tinggi, bagaimanapun, dalam usaha untuk mencapai matlamat yang dinyatakan beliau bertanding pada 2020 Sukan Olimpik di Tokyo dia perlu berdepan dengan AIBA, organisasi tinju antarabangsa, bagi mendapatkan hak untuk bersaing dalam pakaian menutup aurat beliau.
Membesar dengan sering menonton perlawanan tinju sejak usia kanak-kanak, Zafar berkata dia mula minat tinju pada usia 13 selepas menolak permintaan ayahnya untuk menyertai pertandingan lawan pedang.
Sumber
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oDlcRE
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakap Keli News
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment