Hi! Welcome Back and Stay Tune! TONY PUA DILARANG MASUK SABAH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TONY PUA DILARANG MASUK SABAH

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua tidak dibenarkan memasuki Sabah.

Beliau dilarang memasuki negeri itu dan diarahkan mengambil penerbangan semula ke Kuala Lumpur sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira pukul 12.45 tengah hari Jumaat.

Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata beliau tidak diberikan sebarang alasan mengenai larangan tersebut.

“Pegawai menghalang saya dari memasuki Sabah tanpa memberikan sebarang alasan, mereka hanya maklumkan ia adalah arahan daripada kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi.
Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong yang turut bersama Pua sehingga beliau menaiki penerbangan pulang kira-kira pukul 2 petang berkata arahan tersebut tidak wajar sambil menambah Pua merupakan wakil rakyat dan mempunyai hak demokratik untuk mengadakan lawatan ke negeri itu.

Beliau bagaimanapun berkata DAP Sabah menghormati hak Jabatan Imigresen negeri itu yang telah termaktub di dalam Perjanjian Perlembagaan Persekutuan dan Malaysia 1963.

Pua sepatutnya menghadiri beberapa majlis termasuk merasmikan projek perairan Impian Sabah di Keningau, Tenom dan Sook selain forum pada Sabtu.

Beliau dijadualkan pulang semula ke Kuala Lumpur pada 1 Mei.

– M’kini

.



Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oDjVdq

✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.