Doa Supaya Suami Isteri Berhijrah Ke Arah Kebaikan. [Jom Amalkan Untuk Kebaikan Bersama..!!]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang di rahmati Allah,
Bacalah doa yang baik-baik kerana doa juga merupakan terapi diri yang amat berkesan. Selain ia boleh mengembalikan semangat untuk hidup, doa juga mampu meningkatkan keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah semata-mata. Hidup suami isteri ada banyak dugaannya, ada ketika kita buntu untuk menyelesaikan masalah yang melanda.
Ustaz selalu pesan, sirami hati yang marah dengan membaca al Quran. Kuatkan benteng diri dengan DOA tanpa henti. Doa boleh dilafaz di mana saja, hinggakan terdetik di hati pun Allah faham permohonan dan rayuan kita.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan.
Izz qaa layusufu li a'biih, yaa abati inni ra'aitu aa'hada a'syarakawkabaa, wassyamsawal qamara ra'aituhum lii sajidiin
Maksudnya: "(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang danmatahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku." Surah Yusuf; ayat 4
Boleh dibaca selepas solat fardhu sebanyak 3 kali.
Yakinlah kepada Allah agar suami/ isteri berubah lebih baik dan dikurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah & warahmah...
Semoga kita semua dalam peliharaan Allah SWT, diberikan kekuatan iman dan dilimpahi taufik dan hidayahNya. Aamiin....
Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, Selamat mencuba uolss & Jangan lupa share.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2poDvr3
✍ Sumber Pautan : ☕ ISU sEMASA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment