PAS DIARAH LEPAS JAWATAN JIKA PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR
PETALING JAYA – PAS perlu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan Selangor jika parti itu memutuskan hubungan dengan PKR, kata Datuk Saifuddin Nasution.
Setiausaha Agung PKR itu berkata PAS dilihat seolah-olah menyerang parti itu semasa persidangan muktamar termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Adalah lebih baik jika mereka tidak menunggu apa-apa lagi. Penghormatan yang boleh dilakukan ahli PAS adalah melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri apabila keputusan mengenainya dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pada Khamis, persidangan Dewan Ulama PAS meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR tanpa perbahasan.
Saifuddin berkata beliau mengikuti persidangan itu dan tidak terkejut jika usul berkenaan diluluskan dalam persidangan tersebut.
“Apa logiknya memutuskan hubungan dengan DAP, Amanah dan kini PKR tetapi pada masa sama mereka mahu terus bersama mentadbir negeri?,” soalnya.
Jika PAS keluar dari Selangor, ia akan meninggalkan kerajaan itu dengan majoriti mudah iaitu 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
PAS juga memegang beberapa jawatan exco kerajaan negeri di Selangor.
– Mstar
.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oDh0Bt
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment