Menang PRU14: Cer tengok apa yang HARAPAN boleh dan tak boleh buat
Apa HARAPAN boleh dan tak boleh buat jika menang PRU14
Zikri Kamarulzaman - Hari ini, 12:18 tengahari
KINIGUIDE | Pakatan Harapan satu langkah lagi untuk menjadi gabungan rasmi dan menawarkan dirinya sebagai pencabar utama untuk merebut Putrajaya.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang akhbar tengah malam Khamis lalu, mengumumkan senarai ikrar pakatan itu, termasuk penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menghadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal sahaja.
Namun, jika HARAPAN memenangi pilihan raya umum ke-14, apa sebenarnya yang ia boleh - atau tidak boleh - dilakukannya di Parlimen, dengan andaian pakatan itu menang hanya dengan majoriti mudah.
Bolehkah ia menghapuskan GST?
Ya. Majoriti mudah di Parlimen sudah memadai untuk HARAPAN memperkenal, meminda atau memansuhkan undang-undang, yang bermakna ia boleh menghapuskan GST meskipun terdapat peringatan sebaliknya dari para ahli ekonmi.
Kuasa untuk menggubal undang-undang juga bermakna ia boleh menghapuskan undang-undang seperti Akta Hasutan.
Bolehkah ia menghadkan penggal jawatan perdana menteri?
Ya dan tidak. Had penggal jawatan boleh dilaksanakan atas dasar prinsip. Bagaimanapun, ini bermakna tiada apa yang dapat menghalang sesiapa sahaja daripada melakukan 'pusingan-U' terhadap janji ini.
Undang-undang mengenai perkara itu boleh diluluskan - tetapi undang-undang mudah dimansuhkan.
"Undang-undang tidak akan mencukupi untuk menjadikannya kekal," tegas Wan Saiful Wan Jan kepada Malaysiakini.
Ahli sains politik Institut Pulau Pinang, Wong Chin Huat berkata cara terbaik untuk melakukan ini ialah meminda Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, yang mentadbir perkara mengenai kabinet.
Ini sama dengan bagaimana Perkara 125 menyatakan bahawa hakim Mahkamah Persekutuan hanya boleh memegang jawatan sehingga umur maksimum 66 tahun dan enam bulan.
Bagaimanapun, meminda Perlembagaan Persekutuan memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen, sesuatu di mana kerajaan dengan majoriti mudah sukar mencapainya.
Bolehkah ia mengubah sistem pilihan raya?
Ya. Sistem pilihan raya semasa - first-past-the-post (FPTP), di mana pemenang ambil semuanya, telah menjadi titik perbalahan selama bertahun-tahun.
Sistem ini boleh menyebabkan kekalahan HARAPAN dalam pilihan raya umum akan datang jika PAS memecah undi pembangkang, yang membolehkan BN menang walaupun, dalam beberapa kes, mendapat kurang daripada 50 peratus undi.
Bagaimanapun, masalah yang menyelubungi FPTP boleh diselesaikan dengan meminda Seksyen 13 (1) - Akta Pilihan Raya untuk beralih kepada sistem pilihan raya yang lain.
Wong berkata Perkara 116 dan 117 perlembagaan menentukan bahawa pilihan raya mestilah berdasarkan kepada sistem 'single-member constituencies' atau sistem daerah.
Ini bermakna kita mempunyai tiga pilihan - FPTP, sistem dua pusingan Perancis, dan sistem undi alternatif Australia, kata Wong kepada Malaysiakini.
Kedua-dua sistem pengundian dua pusingan dan sistem undi alternatif akan menghapuskan kesan 'spoiler' bila lebih daripada dua parti bertanding dalam pilihan raya dan untuk memastikan bahawa pemenang akhirnya akan mempunyai sekurang-kurangnya '50 peratus tambah satu undi '.
Bolehkah masalah gerrymandering diselesaikan?
Mungkin tidak. Perkara 113 (2) perlembagaan mengatakan bahawa persempadanan semula hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya selang lapan tahun.
Oleh itu, sekiranya kerajaan BN sekarang dapat meneruskan dan meluluskan proses persempadanan semula sebelum PRU14, maka tangan HARAPAN akan terikat dengan perkara ini, kecuali jika ia dapat memperolehi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
Wong menjelaskan bahawa dengan majoriti mudah, HARAPAN masih boleh mencetuskan persempadanan semula di peringkat negeri dengan menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri, tetapi ini perlu dilakukan oleh kerajaan negeri masing-masing.
Bolehkah HARAPAN melemahkan kedudukan orang Melayu, Islam dan institusi diraja?
Tidak. Umno boleh mendakwa bahawa pembangkang akan melemahkan kedudukan orang Melayu, Islam dan institusi diraja jika BN kalah, tetapi ketidakmampuan untuk meminda perlembagaan bermakna institusi-institusi ini akan dilindungi oleh hukum tertinggi negara.
Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Shamrahayu Abd Aziz berkata HARAPAN tidak akan berbuat demikian, demi mengekalkan 'political mileage' atau keuntungan politiknya.
Bagaimanapun, beliau melahirkan kebimbangan bahawa walaupun peruntukan perlembagaan tidak akan dimansuhkan, namun dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan HARAPAN mungkin tidak memegang peruntukan-peruntukan ini dengan amat tinggi.
Menurutnya, perasaan bahawa institusi Islam dan Raja-Raja Melayu terancam bukan kerana peruntukan undang-undang, tetapi kerana sikap, rekod perdebatan semasa tentang bagaimana rakyat bercakap tentang kebebasan untuk propagate (menyebarluas), kebebasan beragama dan sebagainya.

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2utPdFS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment