Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elaun Sara Hidup Dan Perjalanan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Akan Dihapuskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elaun Sara Hidup Dan Perjalanan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Akan Dihapuskan

PUTRAJAYA: Elaun sara hidup dan perjalanan bagi guru pelatih pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) akan dihentikan bermula Jun tahun depan, lapor Berita Harian.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumkan perkara ini, namun walaupun elaun dihentikan, yuran pengajian bagi program itu berjumlah RM27,831 tetap akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

"Pelajar IPG sedia ada iaitu bagi ambilan sebelum Jun 2017 akan terus menerima elaun seperti yang diselaraskan mulai 1 Januari 2017, iaitu pada kadar RM430 sebulan, selain belanja tambang pergi balik pada kadar maksimum RM500 untuk sekali dalam setahun sehingga tamat pengajian. 

"Bagi pelajar ambilan Jun 2017, tiada elaun akan diberikan mulai Jun 2018," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan baharu Jun 2017 pula, bayaran elaun sara hidup RM430 sebulan dan belanja tambang balik pada kadar maksimum RM500 sekali setahun akan terus dibayar sepanjang tempoh program iaitu selama satu tahun.

Menurut pihak kementerian, IPG sudah berbincang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara untuk membolehkan pelajar mereka menerima pinjaman PTPTN bagi membolehkan pelajar IPG yang akan menyambung pengajian ke peringkat PISMP mulai Jun tahun depan menerima kemudahan pinjaman wang sara hidup.

Sementara itu, Ahli Parlimen Belia Malaysia merangkap Yang Dipertua GPMS Kepong, Encik Mohd Nazrin Faiz berkata, dengan keputusan yang dibuat ini, sudah tiada lagi keistimewaan untuk masuk IPG menjadi guru.

"Belum pun reda ramai isu pelajar IPG lambat mendapat 'posting', kini mereka mendapat berita ini pula."

"Mengikut pengalaman saya, apabila masuk ke sekolah untuk praktikum, guru pelatih terlibat akan menghadapi implikasi kewangan yang snagat besar, jadi mungkin penyelesaiannya yang terbaik adalah kurangkan, bukan hapuskan," katanya. - Siakapkeli.my




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tddIqS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.