Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lesen Sementara Buat 32 Penternak Kerapu Haram - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lesen Sementara Buat 32 Penternak Kerapu Haram

BESUT – Seramai 32 penternak ikan kerapu yang menjalankan kegiatan secara haram di Besut akan diberikan lesen sementara oleh kerajaan negeri tahun ini bagi membolehkan mereka menternak secara sah.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pengurusan Perladangan dan Komoditi negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata pihaknya telah mengenal pasti kesemua penternak berkenaan yang beroperasi di kawasan Pengkalan Nyireh itu.

“Kerajaan negeri yakin dapat membantu penternak berkenaan yang majoritinya terdiri daripada kalangan belia, menternak ikan kerapu dengan lebih bersistematik dan terkawal bagi menghasilkan ikan kerapu yang berkualiti untuk dipasarkan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Hari Raya Veteran DUN Jertih di Dewan Terbuka Penyelaras DUN Jertih di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta tiga agensi kerajaan iaitu Majlis Daerah Besut, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar supaya menyediakan garis panduan agar projek yang bakal dilaksanakan itu tidak akan menjejaskan prosedur jabatan masing-masing.

Beliau berkata, kerajaan negeri memberikan tempoh sebulan kepada ketiga-tiga agensi kerajaan itu untuk membuat garis panduan supaya ia dapat dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan, termasuk tidak menimbulkan masalah pencemaran kepada alam sekitar pada masa depan.

Muhammad Pehimi berkata selepas semua prosedur digariskan, barulah kesemua 32 penternak yang selama ini menjalankan aktiviti mereka secara haram dapat diberikan kebenaran sementara oleh kerajaan negeri  bagi membolehkan mereka menternak ikan kerapu.

Beliau seterusnya mempelawa golongan belia di seluruh negeri ini yang berminat menceburkan diri dalam sektor pertanian tetapi tidak mempunyai kawasan atau tanah boleh memohon bagi mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri.

Katanya, golongan belia hanya dikehendaki mengenal pasti kawasan yang ingin mereka terokai sebelum memohon kebenaran bagi mendapatkan lesen sementara mengusahakan kawasan atau tanah berkenaan untuk tujuan pertanian. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tqcyU3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.