Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS Kedah Umum Bertanding 36 Kerusi Dun, 15 Parlimen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS Kedah Umum Bertanding 36 Kerusi Dun, 15 Parlimen

ALOR SETAR – PAS Kedah hari ini mengumumkan parti itu akan bertanding bagi semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata bagaimanapun keputusan muktamad mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi itu tertakluk kepada kehendak PAS pusat.

“Ia berasaskan kajian yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkenaan dengan mengambil kira kewujudan blok Gagasan Sejahtera,” katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri PAS di sini hari ini.

Pada PRU13, PAS bertanding bagi 24 kerusi DUN serta lapan kerusi parlimen, dan menang sembilan daripada kerusi DUN serta satu kerusi parlimen.

Dr Ahmad Fakhruddin berkata, keputusan itu juga dibuat memandangkan senario politik kini yang berbeza berbanding PRU sebelum ini, kesan pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur dan tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi ketika bersama PAS. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tVCqZV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.