Kesemua suspek yang berusia 13 hingga 18 tahun ditahan polis dalam satu serbuan berasingan di sekitar kawasan Menggatal selepas disyaki melakukan kesalahan itu bulan lalu.

Ketua Polis daerah, M. Chandra berkata, penahanan suspek dilakukan selepas satu laporan polis dibuat oleh mangsa di Balai Polis Kota Kinabalu, Rabu lalu.

“Kejadian berlaku pada 14 Jun lalu kira-kira pukul tiga petang apabila mangsa dibawa oleh lima lelaki yang baharu dikenalinya menerusi aplikasi Wechat ke sebuah rumah kosong di Menggatal.

“Pada awalnya, mereka hanya berbual kosong sebelum suspek memaksa mangsa baring di lantai dan merogolnya secara bergilir-gilir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375 (B) Kanunan Keseksaan kerana merogol.

Sumber: UTUSAN ONLINE