Isu bin, binti Abdullah anak luar nikah: “Langgar hukum syarak, berzina sepanjang hayat”
KUALA LUMPUR 29 Julai – Masyarakat Islam di negara ini akan terdedah untuk melanggar hukum syarak dan melakukan perbuatan zina sepanjang hayat sekiranya anak yang dilahirkan di luar nikah tidak dibin atau dibintikan Abdullah.
Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, antara implikasi buruk yang akan berlaku adalah proses perwalian tidak sah ketika akad nikah berikutan anak perempuan luar nikah diwalikan oleh bapanya sendiri.
Kata beliau, pergaulan antara anak perempuan luar nikah dengan bapa biologi adalah seperti anak tiri dengan bapa tiri dan anak luar nikah juga tidak layak menerima harta pusaka daripada sebelah bapa biologinya.
“Atas sebab itu, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang dan membincangkan isu ini pada 1998 bukannya untuk menghukum, sebaliknya ia dibuat berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan hadis.
“Langkah bin atau binti kepada bapa biologi dengan alasan untuk menutup aib anak luar nikah tidak harus timbul kerana masyarakat sepatutnya tidak perlu memandang serong kepada anak-anak ini, yang bersalah bukan mereka tetapi ibu dan bapanya yang melakukan perbuatan zina,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Walau bagaimanapun Mohd. Tamyes berkata, hukum syarak membenarkan bayi dibin atau dibintikan kepada bapa biologi jika tempoh waktu akad nikah berlaku lebih enam bulan daripada tarikh kelahiran, berdasarkan surah al-Ahqaf ayat 15 iaitu tempoh minimum wanita mengandung adalah enam bulan manakala tempoh menyusu dua tahun.
Tegas beliau, atas sebab itu, Jawatankuasa Fatwa Selangor memutuskan bayi yang lahir kurang daripada enam bulan daripada tarikh akad nikah ibunya tidak boleh berbin atau berbintikan kepada bapa biologi.
Kata beliau, dalam menjaga keturunan atau nasab seseorang itu, anak luar nikah tidak boleh dinasabkan seperti anak yang lahir daripada pernikahan sah kerana Islam menitikberatkan perkara berkaitan agama, nyawa, akal, keturunan, harta benda dan maruah.Sementara itu, Mufti NegeriSembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan menyebabkan keturunan masyarakat Islam cacamarba malah tidak mustahil untuk berlakunya perkahwinan antara adik-beradik kerana keturunan yang tidak diketahui.
Tambahnya, perundangan Islam itu juga bertujuan mendisiplinkan umat Islam supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan, selain mendahulukan hukum syarak daripada logik akal.
Kelmarin, Mahkamah Rayuan berpendirian supaya anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah, layak di sisi undang-undang untuk berbin atau berbintikan nama bapanya.
Sumber: Utusan
Sumber Isu bin, binti Abdullah anak luar nikah: “Langgar hukum syarak, berzina sepanjang hayat”
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uOeEQ8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment