Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahmad Maslan Ke Kazakhstan Untuk Lawatan Kerja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahmad Maslan Ke Kazakhstan Untuk Lawatan Kerja

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan akan mengadakan lawatan kerja ke Kazakhstan dari 10 hingga 13 Julai, mewakili kementerian pada Sambutan Hari Malaysia pada 10 Julai 2017 di Astana EXPO 2017, ekspo khusus dunia bertemakan ‘Tenaga Masa Depan’.

Dalam satu kenyataan hari ini, MITI berkata Ahmad juga akan menyampaikan ucaptama bertajuk Peluang Perniagaan Bersama Malaysia pada Forum Perniagaan Malaysia-Kazakhstan pada 12 Julai.

“Forum yang berlangsung di Ritz-Carlton Astana itu  dijangka dihadiri wakil syarikat-syarikat Kazakhstan dan peserta ekspo antarabangsa yang mempunyai minat eksport dan pelaburan dengan Malaysia dan ASEAN,” kata MITI.

Timbalan Menteri itu juga dijadual bertemu pemimpin beberapa syarikat Kazakhstan bagi  membincangkan peluang perniagaan dan pelaburan antara kedua-dua negara, terutama dalam sektor perkilangan termasuk peranti perubatan, produk makanan, pengeluaran komponen elektrik dan elektronik dan alat ganti automotif.

Kazakhstan ialah rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Komanwel Negara Merdeka, kata MITI.

Jumlah dagangan dengan Kazakhstan pada 2016 meningkat  36.1 peratus kepada RM203.58 juta (US $49.22 juta).

Barangan eksport utama Malaysia ke Kazakhstan ialah produk persediaan berasaskan kopi (pertanian) manakala dua import terbesar dari Kazakhstan ialah zink dan komponen televisyen.
        
Syarikat Malaysia telah bertapak di Kazakhstan dalam sektor seperti minyak dan gas, pembuatan simen selain perkhidmatan perundingan dalam pendidikan dan latihan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tEIuWB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.