Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dasar Monetari BNM Dijangkakan Tidak Berubah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dasar Monetari BNM Dijangkakan Tidak Berubah

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan dasar monetari negara, kata seorang penganalisis.

Naib Presiden FXTM bagi Pembangunan Korporat dan Penyelidikan Pasaran Jameel Ahmad berkata memandangkan prestasi ekonomi tempatan lebih kukuh berbanding jangkaan tahun ini, kedudukan kadar faedah dijangka dikekalkan.

“Tidak ada sebab sebenar untuk membuat sebarang perubahan kepada dasar  kadar faedah pada masa ini.

“Apabila anda mengambil kira kombinasi bahawa kedua-dua  tekanan inflasi sudah reda dan ringgit  semakin pulih, tidak ada dorongan untuk  mewajarkan kenaikan kadar  faedah,” katanya dalam satu kenyataan.

Mesyuarat  dasar monetari akan berlangsung pada 13 Julai, dengan keyakinan tinggi ke atas kedudukan ekonomi Malaysia berdasarkan laporan  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Jumaat lepas mengenai imbangan perdagangan yang menggalakkan pada Mei.

Dagangan Malaysia meningkat 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017, meningkat daripada RM116.6 bilion pada bulan yang sama tahun lepas.

“Dengan kedua-dua import dan eksport tahunan melepasi 30 peratus, wujud keyakinan bahawa momentum ekonomi Malaysia semakin kukuh, dengan menyaksikan ekonomi melangkaui jangkaan pada suku pertama (Q1) 2017 membawa kepada Q2, dan memihak kepada pengekalan dasar monetari.

“Jika keadaan ekonomi sekarang melebihi unjuran di sepanjang separuh kedua 2017, perbincangan tentang kemungkinan kadar faedah yang lebih tinggi, akan dibincangkan semula tahun depan,” kata Jameel. – BERNAMA  

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sVfHQd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.