Hi! Welcome Back and Stay Tune! AS Gantung Operasi Tentera Laut Di Seluruh Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AS Gantung Operasi Tentera Laut Di Seluruh Dunia

WASHINGTON DC – Selepas aib insiden pelanggaran kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS) di Malaysia semalam, kes kedua selepas Jepun 17 Jun lalu, operasi tentera laut negara itu digantung,

Media antarabanga melaporkan, arahan ‘henti sementara’ itu dibuat bagi menilai semula armadanya berikutan kejadian terkini pelanggaran kapal pemusnah miliknya dengan sebuah kapal kontena dekat Singapura semalam.

Insiden pelik tersebut yang menyebabkan 10 anak kapal USS John S McCain hilang dan lima lagi kelasi cedera merupakan kemalangan besar kedua membabitkan kapal perang AS di Pasifik dalam tempoh hanya dua bulan.

Terdahulu, kapal USS Fitzgerald terlanggar kapal kontena Filipina, ACX Crystal di pesisir Jepun mengakibatkan tujuh kru kapal penggempur perang Skuadron 15 yang berpangkalan di Yokosuka itu disahkan terkorban,

Arahan penggantungan itu dikeluarkan Ketua Operasi Tentera Laut, Laksamana John Richardson sambil berkata, beliau telah memerintahkan pemberhentian sementara operasi itu secara serentak di seluruh dunia.

“Saya mahu semua komander armada berbincang dengan pemimpin mereka bagi memastikan telah mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk menentukan operasi yang berkesan dan selamat di seluruh dunia,’’ katanya.

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wsAmfY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.