Khairul Hafiz sebaris legenda
KUALA LUMPUR: Khairul Hafiz Jantan menamatkan penantian emas 14 tahun buat Malaysia dalam acara pecut 100 meter di temasya Sukan SEA apabila memenangi perlumbaan riben biru itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Atlet 19 tahun itu mencatat 10.38 saat, di depan pemenang emas Singapura 2015 dari Filipina, Eric Cray (10.43s) manakala pelari Thailand, Kritsada Nasuwun (10.43) di tempat ketiga.
Khairul meletakkan namanya sebaris dengan pemenang emas negara dalam acara tumpuan itu, termasuk Tan Sri Dr M Jegathesan (1965), G Rajalingam (1967) dan Nazmizan Muhammad (2003).
Pingat emas itu adalah emas kedua dari sukan olahraga hari ini, selepas Irfan Shamshuddin memenangi acara lempar cakera. - BHOnline
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v2K2NQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment