Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ekoran Pengakuan Berani Mahu Bogel…“Saya Bukan Betul-betul Nak Bogel” -Lala Rahim..ikuti Penjelasan Beliau… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ekoran Pengakuan Berani Mahu Bogel…“Saya Bukan Betul-betul Nak Bogel” -Lala Rahim..ikuti Penjelasan Beliau…

Loading...

PETALING JAYA: Seorang wanita cantik menjadi perhatian ramai selepas kenyataannya di Twitter bahawa dia mahu berbogel tular di media sosial.

“Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!,” katanya di laman sosial, pagi Selasa.

Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) pada Selasa berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei 12-4.

Perlawanan yang ditunggu-tunggu ramai gadis itu menyaksikan pertarungan antara dua pasukan membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Wartawan Cantik Ini Sanggup Berbogel Jika Pasukan Polo Malaysia Menang

Bagaimanapun kenyataan yang dibuat oleh gadis yang baharu berusia 23 tahun itu dipadam selepas beberapa jam.

Nurul Adillah Abd Rahim (gambar) menjelaskan bahawa apa yang ditulisnya di laman sosial itu hanyalah sekadar gurauan mesra tanpa berniat untuk melakukannya.

“Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun.

“Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan,” katanya kepada mStar Online.

Lebih dikenali sebagai Lala, pengamal media itu benar-benar tidak menyangka kenyataan tersebut boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

“Saya akui perkataan ‘bogel’ itu agak sensitif dan saya mohon maaf sekiranya ada yang salah faham di atas kenyataan itu,” kata anak sulung daripada tiga beradik ini.

Berikutan kekecohan itu, Lala memberitahu bahawa dia akan lebih berhati-hati selepas ini dalam membuat sebarang kenyataan di laman sosial.

Baca lebih lanjut di http://ift.tt/2inoohu

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g23vaS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.