Rafiq, Sin Li raih emas bowling campuran
PEMAIN negara Rafiq Ismail-Sin Li Jane memenangi pingat emas acara beregu campuran dengan kelebihan 13 pin ke atas rakan senegara Alex Liew-Shalin Zulkifli pada acara bowling Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Sunway Mega Lanes, Subang Jaya, hari ini.
Dalam acara yang pertama kali dianjurkan di Sukan SEA itu, Rafiq-Li Jane mencatatkan keseluruhan 2,816 jatuhan pin sekali gus mengatasi pemenang perak, Alex-Shalin yang melakukan 2,803 jatuhan pin.
Pasangan Thailand Annop Arromsaranon-Yanee Saebea meraih gangsa dengan catatan 2,769 jatuhan pin.
Ia adalah emas ketiga Malaysia dalam sukan bowling susulan kejayaan Rafiq (perseorangan lelaki) dan Alex-Syafiq Ridhwan Abd Malek (beregu lelaki), semalam.
Acara bowling diteruskan esok dengan acara trio lelaki dan wanita dipertandingkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vZF0il
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment