Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Kelar Leher Wanita Kerana Komen Tak Pandai Melakukan Seks. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Kelar Leher Wanita Kerana Komen Tak Pandai Melakukan Seks.

Pening kepala dengar kes orang yang berkenalan melalui media sosial ni. Kalau berkenalan dengan orang yang baik baguslah tetapi kalau berkenalan dengan orang yang jahat, itu yang bahaya.


Samalah seperti apa yang berlaku di Thailand, di mana seorang lelaki bertindak membunuh seorang wanita pada temujanji yang pertama kerana dikomen tidak pandai melakukan seks. Amboi senang je dia bunuh orang eh!

Menurut Coconuts, seorang lelaki warganegara Thailand telah mengaku membunuh seorang kenalan dari Facebook gara-gara wanita tersebut mengutarakan komennya bahawa lelaki itu tidak pandai melakukan hubungan seks sewaktu mereka sedang berpacaran.


Natthan Raknui, 23, membunuh Jiraporn Theppaya, 22, di sebuah ladang getah berhampiran terusan Prawk Suwan.

Menurut polis, Natthan berhubungan dengan wanita tersebut di Facebook pada bulan Julai. Selepas dua bulan bercinta jarak jauh, dia kemudiannya menaiki van awam dari wilayah Phatthalung untuk bertemu wanita itu di Songkhla pada 12 Ogos.


Natthan yang tidak mampu menyewa bilik hotel, kemudiannya menunggang motor milik Jiraporn dan menuju ke ladang getah untuk melakukan seks.

Berang dengan komen wanita tersebut tentang kelemahannya melakukan seks, lelaki tersebut bertindak mengelar leher wanita itu dan melarikan diri dengan motor tersebut serta menjualnya dengan harga THB 7,000 (RM 900).

Mayat Jiraporn ditemui polis pada 15 Ogos selepas polis menyiasat rekod perbualan wanita itu dan video rakaman litar tertutup wanita dan lelaki tersebut.

Lelaki berkenaan telah ditahan di Takungan Pabon di Phatthalung, di mana dia sentiasa “check in” di Facebook. Ha kan dah kantoi. Dah tau polis tengah buru boleh pula “check in”. Macam-macam!

Kepada kaum wanita di luar sana, berhati-hatilah kalau nak berkenalan dengan lelaki melalui media sosial. Anda kena bijik memilih dan menilai. Jangan main tangkap muat saja! 

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g0PzOn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.