(TERKINI) Bekas Suami Joy Revfa, Dato Ray Beri Respon, Terkejut Dengan Kenyataan Hafiz Hamidun
Bekas Suami Joy Revfa, Dato Ray Beri Respon, Pertikai Kenyataan Hafiz Hamidun
Bekas suami Joy Revfa, Datuk Ray Imran telah memberi komen setelah Hafiz Hamidun membuat sidang media hari ini.
Datuk Ray telah mempersoal niat Hafiz Hamidun memanjangkan kontroversi perkahwinan dengan bekas isterinya itu.
Ray juga meluahkan rasa kesal kerana dirinya turut terpalit dalam kontroversi itu sedangkan dia sudah memberi kerjasama sebelum pasangan itu bernikah.
Datuk Ray mengatakan, kontroversi itu tidak sepatutnya berpanjangan jika Hafiz Hamidun benar-benar mencintai Joy.
Ray turut mempersoal mengapa Hafiz Hamidun merasa ragu-ragu sedangkan penyanyi itu dan Joy berbulan madu sambil menjayakan program "Romantika" di Taiwan setelah berkahwin.
Ini komennya:
"Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul.
"Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz," .
"Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang.
"Biasalah perempuan kalau rasa diabaikan, mereka beremosi,"
"Apa-apapun, saya akan beri kerjasama kepada bekas isteri dan mahkamah untuk mengelak fitnah dan spekulasi,"
Terdahulu, pada sidang media, Hafiz mendakwa Joy masih dalam ikatan perkahwinan dengan Ray pada hari mereka dinikahkan pada 1 Mei lalu.
Baca kenyataan penuh Hafiz Hamidun (DI SINI)
Sumber: BeritaHarian
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w03x74
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment