Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAN Mahu RCI Tragedi Memali Rujuk Parlimen 1986 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAN Mahu RCI Tragedi Memali Rujuk Parlimen 1986

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang bakal ditubuhkan berhubung tragedi Mamali menyiasat sama ada Tragedi Memali adalah disebabkan ketaksuban terhadap ‘Amanat Haji Hadi’

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd. Ithnin berkata, siasatan berhubung perkara itu perlu dibuat kerana RCI yang telus dan menyeluruh perlu merangkumi punca dan elemen-elemen asas yang mendorong ke arah tragedi berdarah tersebut.

Kata beliau, keseluruhan aspek itu juga penting untuk disiasat memandangkan kerajaan pada tahun 1986 iaitu sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri telah pun membentangkan Kertas Putih Peristiwa Memali di Parlimen yang menyatakan `Amanat Haji Hadi” punca Tragedi Memali.

“Menurut perenggan 15, 16 dan 17 Kertas Putih tersebut, Tragedi Memali dipercayai berakar daripada ketaksuban terhadap ‘Amanat Haji Hadi'” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shazni Munir turut meminta RCI menyiasat punca yang mendorong ke arah tangkapan Allahyarham Ibrahim Libya, punca yang menyemarakkan kegiatan takfiri ketika itu, keganasan tindakan polis dan langkah kerajaan membendung fenomena takfiri tersebut. -MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w01gJj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.