Hafizuddin melompat kegembiraan
PEMAIN negara Muhamad Hafizuddin Mat Daud meraih pingat emas acara petanque perseorangan lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas menewaskan Kiatkong Tanong dari Thailand 13-7 pada final di Arena Petanque, Kuala Lumpur, hari ini.
Hafizuddin bermula cemerlang apabila mendahului 10-0 sebelum Kiatkong merapatkan kedudukan kepada 10-4.
Bagaimanapun kecemerlangan permainan Hafizuddin sukar dibendung manakala Kiatkong melakukan beberapa kesilapan yang menyebabkan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia itu mencatatkan kemenangan.
Dalam acara perseorangan wanita, pemain negara Suhartisera Zamri berkongsi gangsa bersama atlit Kemboja Un Sreya selepas kedua-duanya tewas pada separuh akhir.
Pemain Vietnam Nguyen Thi Thi memenangi emas selepas menewaskan pemain pilihan dari Thailand, Uraiwan Hiranwong 13-12.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ilA3NK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment