Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gimnas lelaki akhiri kemarau emas 12 tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gimnas lelaki akhiri kemarau emas 12 tahun


KUALA LUMPUR: Skuad gimnastik lelaki negara menamatkan kemarau pingat emas selepas 12 tahun dalam temasya Sukan SEA apabila menghadiahkan dua emas sekali gus pada edisi ke-29, hari ini.

Tanpa diduga, dua emas itu muncul dalam acara kekuda berpelana apabila Jeremiah Loo Phay Xing dan Tan Fu Jie menampilkan aksi cemerlang untuk berkongsi kejuaraan, selepas terikat 13.650 mata manakala gangsa menjadi milik gimnas Thailand, Jamorn Prommanee yang mengutip 13.250 mata.

Skuad gimnastik artistik lelaki negara kali terakhir menyumbang emas menerusi Ng Shu Wai pada temasya Sukan SEA 2005 di Manila.

Sementara itu, Fu Jie, ketika ditemui selepas majlis penyampaian pingat, memberitahu beliau tidak menjangka untuk memenangi emas pada penampilan sulungnya di Sukan SEA.

"Ini adalah kejutan besar bagi diri saya... saya ingin menghadiahkan pingat ini kepada keluarga," katanya.

Jurulatih lelaki negara, Ng Shu Liang menyifatkan anak buahnya melakukan persembahan yang lebih baik berbanding pencapaian pingat perak dalam acara berpasukan, semalam.

"Saya boleh lihat gimnas mempunyai tahap keyakinan yang tinggi hari ini," katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi gimnas, Zul Bahrin Mat Asri, melakukan kejutan apabila memperoleh pingat perak dalam acara senam lantai 13.750 mata manakala wakil Filipina, Reyland Yuson Capellan merangkul emas dengan 13.950 mata.

Pingat gangsa diperoleh gimnas Thailand, Tikumporn Surintornta dengan 13,600 mata.

Pada temasya Sukan SEA di Singapura dua tahun lalu, hanya Jeremiah meraih pingat tunggal untuk skuad lelaki iaitu perak dalam acara palang tunggal.

Sementara itu, skuad wanita turut menyumbang satu pingat emas menerusi Tan Ing Yueh dalam acara melombol individu dengan 13.400 mata selepas mengatasi pencabar terdekat dari Indonesia, Rifda Irfanaluhfi (13.288 mata).

Pingat gangsa diperoleh seorang lagi wakil negara, Tracie Ang dengan 13.275 mata.

Tracie turut merangkul perak dalam acara palang bertingkat dengan 12.550 mata manakala emas menjadi milik Kaitlin Cera Lianne De La Cruz De Guzman dari Filipina (12.8975 mata) manakala gangsa diraih Rifda dengan 12.075 mata,

Secara keseluruhan, skuad gimnastik artistik negara setakat ini menyumbang tiga emas, dua perak dan sebutir gangsa manakala esok, skuad negara akan bersaing dalam lima acara akhir kategori lelaki dan wanita. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vZHtJJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.