Jangan Berkira Dengan Ibu Bapa. Apa Yg Dilalui Dlm Hidup Wanita Ini Buat Dia GEMBIRA !!!
Saya tergerak hati nak sentuh pasal bagi duit belanja kat mak ayah.
Gambar Sekadar Hiasan. Hasil Carian Google Images. |
Mungkin lain orang lain pendapat, mungkin ada yang bagi mungkin ada yang tak bagi, mungkin ada yang bagi sikit mungkin ada yang bagi banyak.
ARTIKEL MENARIK: Dianiaya bekas suami bergelar imam, wanita mualaf cerita kisah derita disuruh gugur kandungan, dicerai melalui SMS dan anak terabai tanpa nafkah
Pasal tu saya tak nak ungkit atau sentuh sangat tapi saya nak cerita pengalaman saya bila kita tak berkira soal duit dengan mak ayah.
Saya dilahirkan bukan dari golongan senang. Ayah kerja makan gaji pangkat bawahan je. Mak suri rumah sepenuh masa tapi mak ada ambil upah menjahit sikit-sikit untuk tampung kehidupan kami sekeluarga. Boleh dikatakan, dalam 3 orang adik beradik saya dikira agak berjaya dari segi akademik.
Alhamdulillah lepas matriks saya ditawarkan untuk mengikuti course medic kat Universiti awam tempatan dengan tajaan biasiswa penuh JPA. Sejak masuk universiti saya jarang sangat mintak duit dengan mak ayah. Jadi segala belanja,yuran pengajian sepenuhnya guna duit biasiswa. Sikit portion duit tu saya guna untuk belanja mak ayah dan kadang-kadang saya hulur sikit duit kat diorang buat belanja. Selebihnya saya simpan.
Masuk tahun 2 ,Ayah belikan saya kereta kancil second hand tanpa saya minta.Katanya untuk mudahkan saya bergerak kat kampus. Terharunya hati saya masa tu. Betapa sayangnya ayah kat saya. Tiap-tiap bulan saya hulur jugak duit kat ayah guna biasiswa saya untuk ayah bayar hutang kereta tu sikit-sikit. Tapi Allah itu Maha Kaya, walaupun duit biasiswa saya spend untuk bantu mak ayah & adik-adik, saya tak pernah rasa tak cukup duit. Malah saya masih boleh simpan separuh dari duit biasiswa saya setiap kali duit masuk. Bukan tu je, mungkin berkat doa ibu bapa saya tak pernah fail dalam setiap pro exam dan berjaya habiskan pengajian tepat pada masa, setelah 5 tahun berhempas pulas study.
Ok yang tu cerita masa saya kat universiti. Kemudian, lepas disahkan lulus exam final dan mendapat title Dr, saya terus melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan satu course dengan saya. Alhamdulillah Allah bagi rezeki jodoh awal. Alhamdulillah jugak, semua kos-kos untuk majlis kahwin saya guna sepenuhnya duit lebihan biasiswa yang saya simpan selama 5 tahun.
Kemudian selepas beberapa bulan kahwin, saya & suami ditawarkan untuk berkhidmat di salah sebuah hospital di Sarawak. Memang agak sedih masa tu sebab pertama kali kena dok jauh dari family tapi demi nak cari rezeki saya kuatkan hati untuk merantau jauh dari mak ayah.
Tapi sejak saya kerja , saya rasa sangat seronok sebab lebih banyak saya boleh spend duit untuk mak ayah & adik-adik. Suami pun jenis yang tak kisah selagi perbelanjaan saya tak membebankan diri. Sejak saya dapat gaji pertama,saya tak pernah miss bagi duit kat mak ayah at least 10-15% dari gaji saya walaupun dah ada anak. Asal masuk gaji je 1st thing saya buat transfer duit belanja kat mak ayah ,simpan 15% gaji dalam Tabung Haji & bayar hutang piutang semua. Setiap kali balik kampung saya pasti bawa mak ayah & adik-adik jalan-jalan, sekali sekala makan kat luar dengan guna duit lebihan yang ada. Saya sangat happy bila tengok diorang happy. Tak tahu kenapa. Mungkin ni lah nikmat bila menggembirakan orang yang tersayang.
Alhamdulillah sesungguhnya rezeki Allah tu luas. Walaupun boleh kata setiap bulan saya spend 10-20% dari total gaji saya untuk family & anak tapi rezeki saya tak pernah putus. Ada je duit masuk kot mana-mana contohnya tiba-tiba dapat bonus, claim oncall masuk awal, menang cabutan bertuah & macam-macam lagi. Bukan tu je, kerja saya pun rasa mudah je, cepat naik pangkat dari UD41 ke UD44 kemudian UD48 tanpa sebarang masalah. Gaji pun jarang ada tunggakan kenaikan. Mak ayah,adik-adik, suami & anak pun jarang sakit.
Setelah 3 tahun bekerja, dengan izin suami dan sedikit deposit rumah yang saya simpan selama ni, saya buat loan untuk beli rumah untuk mak ayah saya kat kampung. Gembiranya hati diorang bila saya hadiahkan mereka rumah banglo yang tak lah besar mana tapi jauh lagi luas dari rumah kami sebelum ni. Bila tengok diorang happy macam tu, saya rasa satu nikmat perasaan terharu yang susah nak gambarkan. Sememangnya itulah tujuan saya nak belajar tinggi-tinggi & dapat kerja bagus, niat saya cuma satu nak balas jasa diorang sebaik mungkin. Mungkin apa yang saya bagi tak lah sebesar jasa mereka besarkan saya & adik-adik selama ni tapi saat mereka gembira cukup membuatkan hidup saya rasa bersinar bahagia.
Suami juga ada beli rumah untuk saya & anak di Sarawak. Bagi saya cukuplah untuk kami sekeluarga berteduh. Alhamdulillah masuk tahun ke 6 kerja, Allah bagi lagi rezeki lebih untuk saya beli rumah ketiga di Selangor. Niat beli untuk tabung anak tapi sekarang ni rumah tu saya sewakan untuk dapatkan passive income. Tapi sampai saat ini walaupun komitmen hidup dah bertambah, tapi saya tak pernah berhenti bagi duit belanja kat mak ayah sekurang-kurangnya 10% dari gaji saya setiap bulan kerana saya sedar hanya itu yang termampu untuk saya lakukan pada mereka. Sekarang ni saya masih kumpul duit untuk hantar mak ayah mengerjakan umrah/haji. Saya harap semoga Allah permudahkan niat saya ni.
Memang benarlah orang cakap rezeki Allah ada di mana-mana & sedekah terbaik adalah sedekah pada mak ayah & family sendiri. Alhamdulillah kehidupan rasa dipermudahkan sangat. Alhamdulillah kini saya & family hampir 2 tahun dah dapat pindah balik semenanjung berkat doa mak ayah. Terbaru saya dapat offer untuk melanjutkan pelajaran sebagai pakar perubatan di universiti tempatan. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Saya cerita ni, sikitpun tak ada niat nak menunjuk-nunjuk atau riak tapi nak menunjukkan betapa besarnya kuasa berbuat baik & sedekah pada mak ayah pada kehidupan seharian. Mungkin pandangan kita berbeza tapi saya cakap dari pengalaman saya sendiri.
Saya yakin rata-rata ibu bapa tak nak susahkan anak diorang. Kebanyakan ibu bapa yang saya lihat segan nak mintak duit dengan anak-anak apa lagi nak minta belikan itu ini. Macam mak ayah saya jugak, diorang tak pernah pun mintak duit dengan saya kecuali kalau ada urusan yang diorang tak mampu bayar. Tapi saya tetap bagi duit belanja walaupun diorang tak mintak, kadang-kadang dapat bonus lebih saya bagi jugak. Sebab saya fikir duit boleh dicari tapi masa untuk berjasa pada mak ayah cuma waktu diorang hidup je.
Dulu masa kecik-kecik apa yang saya & adik-adik nak ayah usaha untuk tunaikan walaupun kami tahu gaji ayah tak banyak. Bila fikir balik rasa malu sebab dulu selalu minta bukan-bukan dengan mak ayah .Tapi saya sedar duit tak dapat beli kasih sayang, jadi selain bagi duit kenalah usaha untuk berbakti sebaik mungkin untuk mak ayah. Sebab tu saya mintak pindah dekat dengan mak ayah, senang nak jenguk diorang kalau jadi apa-apa.
Jadi pesananan saya untuk semua, janganlah kita berkira sangat dengan mak ayah sebab melalui merekalah Allah bukakan pintu rezeki untuk kita. Mungkin ada yang dilahirkan dalam keluarga berada tak pernah rasa hidup susah sebab semua mak ayah yang sediakan. Tapi walaupun diorang dah kaya, apa salahnya bagi sikit duit belanja atau hadiah sebagai tanda penghargaan dan ingatan. Mungkin mereka tak minta tapi saya boleh jamin 100% walaupun dengan sikit hadiah/duit yang kita bagi cukup untuk buat hati mereka berbunga riang kerana rasa dihargai. Bagi yang gaji kecil tak salah hulur sikit duit belanja kat mak ayah janganlah tak bagi langsung. Walaupun sikit nilainya tapi pahala yang kita dapat berganda-ganda kerana bersedekah pada ibu bapa. Yang penting ikhlaskan hati untuk memberi.
Maaflah agak terpanjang sikit coretan saya dan terima kasih kepada yang sudi membaca hingga ke penghujung. Saya cuma nasihatkan sebagai seorang yang khilaf. Saya pun punya banyak kekurangan dan banyak lagi impian untuk mak ayah belum tertunai khususnya untuk belanja mereka pergi umrah. In sha Allah..semoga lepas ni kita semua merenung kembali dan muhasabah diri, sudah cukup berjasakah kita pada mak ayah selama ni? Tak salah ubah diri dari sekarang . Berbaktilah pada mak ayah selagi mereka masih hidup untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Salam Sayang
Kredit : Anak Desa
The post Jangan Berkira Dengan Ibu Bapa. Apa Yg Dilalui Dlm Hidup Wanita Ini Buat Dia GEMBIRA !!! appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x8U4KT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment