Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kami tidak pernah 'bersama' selepas kahwin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kami tidak pernah 'bersama' selepas kahwin

PENYANYI dan komposer Hafiz Hamidun mengakui tidak pernah mengadakan hubungan kelamin dengan Siti Arifah Amin, 30, atau lebih dikenali sebagai Joy Revfa.

Hafiz, 33 berkata, dia berbuat demikian kerana dari awal meragui perkahwinan dengan wanita itu yang berlangsung pada 1 Mei lalu.

"Apabila saya mengetahui masalah ini (tiada sijil cerai), saya mengambil pendekatan untuk tidak menyentuh dan mengadakan hubungan kelamin.

"Saya bertindak menjauhkan diri kerana enggan menimbulkan masalah lain di kemudian hari.

"Lagipun apabila timbul masalah ini, saya tidak menganggap dia sebagai isteri. Jadi jangan panggil kami suami isteri," katanya ketika ditemui pada sesi sidang media sebentar tadi.

Hafiz menegaskan dia berasa kesal dengan tindakan wanita itu yang sengaja mengheret masalah mereka ke pengetahuan umum.

Hafiz berkata, dia pada mulanya ingin menyelesaikan masalah itu secara privasi tanpa membabitkan mana-mana pihak.

"Apabila masalah ini jadi kecoh saya pun dah malas nak layan. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan secara baik kerana kami sudah berbincang dari awal lagi sebelum bernikah.

"Lagi pun saya sudah berusaha sehabis baik untuk menyelamatkan perkahwinan ini tanpa diketahui khalayak.

"Kalau tanya perasaan saya sekarang terhadap perkahwinan kami, saya sudah tawar hati. Saya reda dengan apa saja keputusan," katanya.

Hafiz tetap dengan pendirian mengatakan pernikahan dengan Joy pada 1 Mei lalu adalah tidak sah berdasarkan beberapa fakta kukuh.

"Apa saya lakukan sekarang adalah tindakan betul. Saya bukan suka-suka. Selepas majlis nikah, berkali-kali saya meminta dokumentasi cerai dia dan bekas suaminya tetapi pelbagai alasan diberikan.

"Sehinggalah saya sendiri mengambil inisiatif membawa dia dengan disertai ahli keluarga lain ke Songkhla pada 1 Jun lalu bagi menguruskan cerai taklik dia dan bekas suami.

"Kalau saya jenis tak bertanggungjawab, sudah lama saya membiarkan isu ini. Namun mengenangkan dia bersama saya, jadi saya perlu berbuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah ini daripada berterusan," katanya.

Hafiz memaklumkan, permohonan cerai taklik Joy dengan bekas suami, Mohd Rayos Abdul Rahim disahkah jatuh talak satu pada 13 Julai lalu.

"Saya sudah berusaha menyelamatkan keadaan ini. Malangnya dia pula bertindak mengikut emosi sehingga mengundang pelbagai tanggapan negatif masyarakat.

"Kalau perasan, dari mula lagi saya mengambil pendekatakan berdiam diri kerana tahu apa yang dia perjuangkan itu salah. Saya pula jenis malas nak berbalah," katanya.

Pada masa sama, Hafiz juga tidak mengetahui kewujudan sebarang bukti berbentuk video atau rakaman suara seperti yang didakwa Joy.

"Kalau dia ada semua bukti itu, kenapa simpan? Kenapa tak dedahkan saja jika apa yang dia simpan itu boleh membuktikan perkahwinan ini sah," katanya.

Ditanya mengenai perasaannya ketika ini terhadap Joy, Hafiz berkata biarlah ia diputuskan selepas kes membabitkan mereka selesai pada 14 September nanti.

Hafiz turut menjelaskan dia nekad meneruskan perkahwinannya dengan Joy kerana pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan pernyataan daripada pihak Joy.

"Pernikahan diteruskan selepas pihak Pejabat Agama Daerah Petaling berpuas hati dengan jawapan pihak Joy bahawa dia sudah bercerai.

"Pernikahan antara saya dan Joy dilangsungkan dengan akujanji dia akan memberikan surat perakuan cerai perkahwinan terdahulu selepas majlis akad nikah.

"Walaubagaimanapun itu tidak bermakna saya mengambil mudah hal ini lantas ia turut menimbulkan keraguan terhadap status perkahwinan saya," katanya.

Akhbar Harian Metro semalam melaporkan Joy memfailkan permohonan cerai faraq atau pembubaran nikah pada 18 Ogos lalu.

Berita berkaitan:

• Isteri Hafiz kata 'hanya enam hari' [METROTV]



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wuFVL5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.