“Saya dikenali dengan rambut saya. Mereka suruh saya menyanyi pakai tudung? Saya gila atau mereka yang gila?” – Sahara Yaacob
Sebelum ini, kisah penyanyi veteran Sahara Yaacob mendapat perhatian kerana dikatakan hidup daif setelah berpisah dengan suaminya. Dia menginap di sebuah bilik stor di Hulu Langat yang bersambung dengan kediaman arwah kakaknya, yang dibina sejak tahun 1985.
Gambar: Malay Mail Online
Setelah kisahnya dipaparkan di media, ramai pihak tampil memberikan bantuan, antaranya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Seniman yang memberikan bantuan rumah Pusat Perumahan Rakyat (PPR), Seri Alam, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Untuk menjana pendapatan, Sahara telah membuat persembahan pentas dan khabarnya dia tidak mengenakan tudung dalam persembahannya itu.
Baginya yang mendapat jolokan ‘Tina Turner Malaysia’, memang sepatutnya dia berpenampilan rambut sebegitu kerana penampilannya menyebabkan dia dikenali dalam dunia seni.
Sahara bagaimanapun memakai rambut palsu sahaja dan masih mengenakan anak tudung di bahagian dalam rambut palsu itu.
Saya seorang penyanyi dan saya dikenali dengan rambut saya. Mereka mahu saya pakai tudung? Pernah kita dengar dan lihat Tina Turner menyanyi pakai tudung?Mereka mahu membuang identiti saya. Mereka mahu mengawal saya dan bidang saya. Siapa mereka, mahu campur hal saya?
Penyanyi itu membuat kemunculan semula tahun lalu selepas mendapat pendedahan media mengenai kesusahan hidupnya setelah berpisah dengan bekas suami berbangsa Arab yang berusia 20 tahun lebih muda darinya.
Kembali dengan imej rambut mengerbang dalam satu persembahan pentas hujung tahun lalu, Sahara berkata beliau sekadar menggunakan rambut palsu dan dia menerima kritikan orang ramai berhubung keputusannya:
Saya sudah berada dalam industri ini lebih 40 tahun. Saya berkecimpung sejak 1968. Mereka suruh saya menyanyi pakai tudung? Saya gila atau mereka yang gila?Ya, agama itu penting. Tetapi agama itu antara kita dengan Tuhan. Tidak perlu berlakon untuk menjadi alim. Allah lebih tahu.Kalau hati tidak betul, pakai serban sebesar rumah pun tiada makna. Allah tidak pandang serban atau tudung kita. Dia pandang hati yang bersih.Jadi tolong jangan tunjuk pandai dengan saya. Saya tidak mahu orang bercakap yang bukan-bukan dengan saya. Saya sudah masak untuk itu.
Mungkin ada pembaca BN yang masih muda tidak mengenali kak Sahara.
Beliau dikenali sebagai penyanyi yang bersuara unik serak basah dan mantap, dan lagunya yang popular ialah Peronda Jaket Biru, juga pernah dinyanyikan oleh kumpulan Wings-
Sumber: Beautifulnara.com
Sumber “Saya dikenali dengan rambut saya. Mereka suruh saya menyanyi pakai tudung? Saya gila atau mereka yang gila?” – Sahara Yaacob
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vVnde1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment