Hi! Welcome Back and Stay Tune! KJ Bantu Pasukan Polo Malaysia Atasi Brunei 12-4 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KJ Bantu Pasukan Polo Malaysia Atasi Brunei 12-4


LANGKAH KANAN… Pasukan polo negara yang turut dibarisi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, memulakan kempen Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 dengan gaya positif.

Lebih manis apabila meraih kemenangan selesa 12-4, ke atas Brunei di Taman Equestrian Putrajaya dekat ibu negara petang Selasa dalam perlawanan yang turut disaksikan sendiri oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Acara tersebut menjadi tumpuan orang ramai yang mula membanjiri sejak pukul 1.30 petang lagi kerana disertai dua kerabat diraja Brunei iaitu Putera Abdul Mateen Bolkiah dan kekandanya, Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah.

Selain Khairy, Malaysia turut diwakili Shaik Reismann Mohamed Ismail, Muhammad Faizal Abu Bakar, Abdul Rashid Hasnan, Amran Selamat, Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman dan Mohd Zulhelmi Nadzar.

Turut berkenan berangkat ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim dan kerabat-kerabat diraja.

Malaysia memimpin 2-1 ke atas pasukan Brunei yang diketuai oleh Putera Abdul Mateen Bolkiah pada chukka pertama sebelum melebarkan penguasaan 5-2 pada chukka kedua dengan Khairy turut menyumbang satu jaringan.

Tiga lagi jaringan terhasil pada chukka ketiga dan menjadikan kedudukan 8-2. Meskipun Brunei cuba beri saingan pada chukka keempat, namun Malaysia tetap ampuh menamatkan permainan 12-4. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wuiMrX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.