Jualan Runcit Kanada Meningkat Dengan Signifikan Pada Jun
Jualan runcit (retail-sales) Kanada meningkat 0.1% pada Jun kurang daripada jangkaan pasaran 0.2% dan kenaikan 0.5% yang dicatat pada Mei. Manakala kenaikan tahunan berada di paras 7.3% pada bukan Jun.
Jualan runcit teras (core retail-sales) pula naik dengan signifikan sebanyak 0.7% pada tempoh sama melebihi jangkaan 0.00% dan kemerosotan 0.1% pada Mei. Data ini meningkat 6.6% dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun 2017 (y/y).
Jumlah jualan meningkat dalam enam daripada sebelas kategori pada Jun, di mana jualan kenderaan bermotor merosot 1.4% pada tempoh tersebut yang mana mengurangkan pertumbuhan tahunan kepada 9.6%. Jualan gasolin pula merosot pada tempoh tersebut dan terdapat kejatuhan dalam jualan barangan beraneka.
Jualan dalam kategori makanan dan minuman pula merosot pada Jun di mana terdapat kenaikan mendadak dalam jualan barangan ‘merchandise’. Manakala jualan peralatan bangunan dan tanaman juga meningkat dengan kukuh.
Keyakinan secara keseluruhan dalam permintaan dan trend perbelanjaan kekal kukuh dalam jangka pendek yang mengekalkan jangkaan terhadap kenaikan sekali lagi kadar faedah BoC tahun ini. Kejatuhan mendadak dalam jualan kenderaan bermotor walaubagaimanapun akan menjadi petunjuk bahawa pengguna kurang sudi berbelanja dalam barangan yang besar, jika terdapat kejatuhan dalam sektor perumahan.
Dolar Kanada melonjak selepas data ini dikeluarkan dengan USD/CAD jatuh hampir 60 pip. Kejatuhan mendadak ini dilihat turut disokong oleh faktor kedudukan US dolar yang kurang kukuh ketika ini.
The post Jualan Runcit Kanada Meningkat Dengan Signifikan Pada Jun appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vlKvGf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment