Shopee Online Shopping Day akan Diadakan Pada 9 September – Diskaun Sehingga 90%
Terdapat beberapa tarikh keramat yang biasa dipilih oleh kedai atas talian bagi mempromosikan barangan mereka. Jika acara seperti Boxing Day, Singles Day diraikan oleh Amazon dan Alibaba, Shopee pula menandakan 9 September untuk acara Online Shopping Day mereka.
Dalam menuju tarikh tersebut, pelbagai promosi bakal diadakan. Menjelang Hari Kemerdekaan dari 28-31 Ogos, Shopee akan mengadakan Merdeka Sales dengan diskaun sehingga 60% untuk barang-barang terpilih.
Pada pengumuman ini juga, mereka telah memperkenalkan jenama baru yang hadir menerusi platform mereka antaranya ESH28, Petronas, KFC, Digi, dan banyak lagi. Malah barangan eksklusif dari filem Kingsman: The Golden Circle turut ditawarkan dengan kerjasama 20th Century Fox.
Jadi tandakan kalendar anda untuk tarikh tersebut dan sepanjang tempoh ini, Shopee juga turut menyatakan barangan yang dijual mereka termaktub dalam jaminan harga rendah. Menerusi jaminan harga rendah ini, Shopee akan membayar 120% perbezaan harga jika pelanggan menemui barangan tersebut lebih murah ditawarkan di platform lain.
Tandakan Kalendar Anda: Hari Membeli-belah Shopee 9 September
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2imaXOX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment