Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gelaran Dunia: Impian Lee Chong Wei tidak kesampaian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gelaran Dunia: Impian Lee Chong Wei tidak kesampaian

IMPIAN Datuk Lee Chong Wei untuk bergelar juara dunia buat pertama kali di penghujung kariernya berakhir dengan tragis apabila terrsingkir seawal pusingan pembukaan Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, hari ini.

Hajat Chong Wei untuk merangkul salah satu daripada koleksi gelaran yang belum dicapainya itu lebur di tangan pemain bukan pilihan, Brice Leverdez, dari Perancis, dengan kekalahan 19-21, 24-22 dan 17-21 pada pertarungan selama 75 minit itu.

Selaku pilihan utama, Chong Wei memulakan kempen untuk bergelar dunia dalam percubaannya ke-10, dengan langkah kiri apabila tewas 19-21 kepada pemain berusia 31 tahun itu.

Bagaimanapun, Chong Wei, bangkit mengikat kedudukan 1-1 dalam perlawanan penuh mencemaskan pada set kedua sebelum menang tipis 24-22, menerusi perlawanan yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Supersports.

Bersambung pada aksi penentuan, walaupun Chong Wei, selaku pemain nombor dua dunia, lebih mengawal permainan pada rubber-set namun beliau terpaksa menerima hakikat dengan kekalahan 17-21 kepada lawannya yang menghuni ranking ke-31 dunia.

Bagaimanapun, cabaran negara di kejohanan berprestij itu masih diteruskan dengan kemenangan beregu campuran negara, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, yang mendapat 'bye' di pusingan pertama, telah menewaskan pasangan Ronan Labar/Audrey Fontaine dari Perancis dengan straight set 21-18 dan 21-10 di pusingan kedua.

Menanti Kian Meng/Pei Jing pada pusingan seterusnya adalah Wang Yilyu/Huang Dongping dari China yang mengalahkan B. Sumeeth Reddy/Ashwini Ponnappa dari India dengan 21-17, 18-21, 21-5.

Seorang lagi pemain perseorangan negara, Zulfadli Zulkiffli turut memenangi perlawanan pusingan pertama dengan mengalahkan Artem Pochtarov dari Ukraine dengan 8-21, 21-13, 21-13.

Beliau akan menentang Tanongsak Saensomboonsuk dari Thailand di pusingan kedua.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong, yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama, akan memulakan saingan mereka menentang Chung Eui Seok/Kim Dukyoung dari Korea Selatan pada pusingan kedua, esok.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vb9axT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.