Bilik Fail IPD Sibu Hangus
BILIK fail Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu musnah dalam kebakaran, hari ini. Kejadian 7.15 pagi itu memusnahkan semua fail yang ditempatkan di dalam bilik berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.20 pagi. Menurutnya, sepasukan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dan Sibu dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Bilik berkenaan terletak di tingkat satu bangunan IPD Sibu memusnah semua fail yang disimpan. Tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke bahagian lain bangunan berkenaan," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pasukan forensik akan dipanggil bagi menyiasat punca kebakaran.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xn7ORy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment