Google Membawa Paparan Pra-lihat Video Selama 6 Saat Pada Peranti Mudah-Alih
Google sebelum ini telah menyertakan sokongan pra-lihat video pada YouTube, dan kini, syarikat yang terkenal dengan penawaran enjin carian turut membawa sokongan pra-lihat video selama 6 saat terus ke paparan keputusan carian pada peranti mudah-alih.
Ditawarkan bermula hari ini pada peranti mudah-alih, kini sekiranya keputusan carian memaparkan video – pengguna boleh melihat pra-lihat untuk sesuatu video berkenaan sehingga 6 saat, tanpa perlu membuka pautan video berkenaan terlebih dahulu.
Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna Chrome untuk Android, dan aplikasi Google di peranti mudah-alih. Malah, ciri ini hanya berfungsi sekiranya anda mengakses carian Google melalui rangkaian WiFi sahaja.
Memandangkan perkongsian video semakin popular akhir-akhir ini, ia turut digunakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab dalam melabelkan sesuatu video dengan kandungan yang tidak tepat, dan kadang-kala tidak menyertakan kandungan yang dicari kita. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi proses carian video yang diingini, dan menjimatkan masa daripada terbuka video yang salah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vSt2Ht
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment