'Saya amat kesal dengan kesilapan ini'
MALAYSIA memohon maaf secara rasmi terhadap rakyat Indonesia berikutan isu kedudukan warna bendera negara itu yang terbalik dalam buku cenderamata Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur.
Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) menerusi satu kenyataan, malam tadi, menyatakan permohonan maaf itu atas kesilapan tidak disengajakan.
MACOC menjelaskan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan membuat kunjungan ke atas rakan sejawatnya, Imam Nahrawi, untuk sekali lagi mohon maaf bagi pihak MASOC.
KENYATAAN kedua-dua menteri di laman Twitter.
Bagaimanapun, Khairy sebelum itu sudah meminta maaf atas kesilapan berkenaan bagi menjawab teguran sinis Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi.
Menerusi laman Twitter, Khairy menyatakan ‘Bapak Imam, Please accept my sincere apologies for this. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf.’
Imam menerusi akaun Twitter @imam_nahrawi menyatakan ‘Pembukaan #SEAgame2017 yg bagus tapi tercederai dg keteledoran fatal yg amat menyakitkan. Bendera kita....Merah Putih. Astaghfirullaah...’
Pembukaan #SEAgame2017 yg bagus tapi tercederai dg keteledoran fatal yg amat menyakitkan. Bendera kita....Merah Putih. Astaghfirullaah... http://pic.twitter.com/k92SlDdBqB
— Imam Nahrawi (@imam_nahrawi) August 19, 2017
Bapak Imam, Please accept my sincere apologies for this. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 19, 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vSPBLW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment