Pasukan Recurve Campuran Malaysia Raih Perak
KUALA LUMPUR – Pasukan memanah recurve campuran Malaysia meraih pingat perak selepas persaingan sengit menentang Indonesia pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hari ini.
Gandingan Khairul Anuar Mohamad dan Nur Aliya Ghapar tewas 3-5 kepada juara bertahan Indonesia yang diwakili Diananda Choirunisa dan Riau Ega Agata Salsabilla untuk emas dalam perlawanan di Padang Sintetik, Majlis Sukan Negara (MSN) di sini.
Secara keseluruhan, skuad memanah negara meraih lima emas, tiga perak dan dua gangsa pada Sukan SEA edisi-29 ini.
Pingat gangsa acara berpasukan campuran itu menjadik milik Vietnam melalui Chu Duc Anh dan Thi Phuong Nguyen. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wz3uBF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment