Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Salah saya, masalah saya menghafal lirik walaupun ada disediakan monitor” – Netizen tanya mana suami, Adira salahkan diri sendiri kerana terkeluar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Salah saya, masalah saya menghafal lirik walaupun ada disediakan monitor” – Netizen tanya mana suami, Adira salahkan diri sendiri kerana terkeluar

RAMAI meluahkan rasa kecewa dengan persembahan Adira Suhaimi pada pertandingan AF Megastar pada malam Ahad seolah-olah ada sesuatu menganggu fikirannya.

Adira ketika ditemui menyangkal masalah peribadi menjadi punca dia hilang fokus sebaliknya menyalahkan dirinya sendiri.

“Bukan masalah peribadi, tiada apa-apa pun yang menggangu cuma kesalahan itu pada diri saya sendiri.

“Saya sudah cuba yang terbaik dan orang tidak tahu apa saya lalui disebalik tabir bagi menjayakan persembahan ini tetapi rezeki tidak memihak kepada saya.

 

“Salah saya juga kerana memang terdapat banyak kekurangan terutamanya masalah saya menghafal lirik walaupun ada disediakan monitor,” katanya.

"Salah saya, masalah saya menghafal lirik walaupun ada disediakan monitor" - Netizen tanya mana suami, Adira salahkan diri sendiri kerana terkeluar

“Salah saya, masalah saya menghafal lirik walaupun ada disediakan monitor” – Netizen tanya mana suami, Adira salahkan diri sendiri kerana terkeluar

Adira menyalahkan diri sendiri apabila gagal memberikan persembahan bertenaga.

Pada konsert minggu pertama itu, Adira menyanyikan lagu Ikut Rentakku nyanyian asal Jaclyn Victor tersingkir bersama seorang lagi peserta iaitu Azhar.

Ditanya mengenai suaminya, Datuk Seri Adnan Abu yang tidak kelihatan memberi sokongan kepadanya pada konsert itu, Adira menjelaskan suaminya memang jarang menemaninya ke acara hiburan.

Bagaimanapun katanya, itu tidak bererti Adnan atau Datuk Red tidak menyokong penglibatannya dalam AF Megastar.

“Sejak dulu lagi dia memang jarang ikut saya jika ada persembahan pentas atau pun menghadiri acara hiburan.

“Saya pula memang tidak kisah kerana sebelum berkahwin lagi saya memang sering seorang diri ke mana-mana dan hanya ditemani pengurus atau pun pembantu,” katanya.

Selain Adira, Azhar juga turut tersingkir pada konsert minggu pertama AF Megastar.

Sementara itu, Adira menyangkal dakwaan dia menyertai AF Megastar kerana terpaksa sehingga menyebabkan dia dilihat seperti tidak bersungguh-sungguh ketika mengadakan persembahan.

“Tidak timbul soal saya terpaksa atau dipaksa kerana saya sendiri yang hadir uji bakat untuk menyertai pertandingan ini.

“Seperti saya katakan saya akui ada kesalahan saya dan sudah bukan rezeki tetapi saya seronok dapat menyertai program ini yang memberi pengalaman baru kepada saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Adira berkata, selepas ini dia akan meneruskan karier seninya seperti biasa dan sedang merancang untuk menghasilkan single terbaharunya.

Sumber: Mstar



Sumber “Salah saya, masalah saya menghafal lirik walaupun ada disediakan monitor” – Netizen tanya mana suami, Adira salahkan diri sendiri kerana terkeluar

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xb14r4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.