Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pertikai laungan azan mendayu-dayu macam dalam pertandingan azan ketika kebakaran pusat tahfiz, Saiful Nang buat permohonan maaf terbuka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pertikai laungan azan mendayu-dayu macam dalam pertandingan azan ketika kebakaran pusat tahfiz, Saiful Nang buat permohonan maaf terbuka

Pertikai laungan azan mendayu-dayu macam dalam pertandingan azan ketika kebakaran pusat tahfiz, Saiful Nang buat permohonan maaf terbuka

Pertikai laungan azan mendayu-dayu macam dalam pertandingan azan ketika kebakaran pusat tahfiz, Saiful Nang buat permohonan maaf terbuka

 

Berhubung isu Saiful Nang mempertikai tindakan seorang tukang kebun yang melaungkan azan semasa tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, dia telah membuat permohonan maaf terbuka pada Sabtu lalu kepada semua netizen di laman facebooknya.

Jelas Saiful, pertikaiannya itu mungkin disebabkan emosi dirinya yang berasa kesal dan sedih dengan kematian begitu ramai pelajar tahfiz di Pusat Tahfiz tersebut.

“Kenyataan itu menyebabkan ramai netizen yang tersinggung dan mengecam saya. Saya terima kritikan itu kerana itu memang pandangan peribadi saya sendiri.

“Mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan perasaan kesal dan sedih dengan kematian begitu ramai anak-anak tahfiz yang saya rasa sama seperti anak-anak yang sedang saya jaga,” katanya dalam satu kenyataan di halaman Facebooknya.

Terdahulu, jurugambar professional ini berkongsi pandangannya yang mempertikai laungan azan semasa kejadian berlaku kerana bagi pendapatnya, pembesar suara masjid pada waktu itu seharusnya digunakan untuk meminta bantuan bagi menyelamatkan para pelajar yang masih terkandas di tingkat dua bangunan tersebut.

Kenyataan Saiful Nang mendapat kecaman dari rata-rata netizn yang menganggap Saiful tidak peka dan sensitif terhadap insiden tersebut selain dikatakan mempersendakan azan.

Bagaimanapun, kenyataan berikutan pertiakaian laungan azan tersebut telah dipadamkan dan disunting semula.

Saiful Nang dalam kenyataan maafnya menegaskan bahawa dia akan lebih berhati-hati pada kemudian hari dalam mengeluarkan pendapat agar tidak menyinggung para netizen selain dia juga berterima kasih kepada semua yang telah menegurnya.

Sebelumnya, tragedi menggemparkan negara yang telah meragut nyawa seramai 23 orang itu dikatakan berpunca dari perselisihan faham diantara tujuh suspek yang ditahan dengan sekumpulan pelajar pusat tahfiz itu.

Sumber- mStar Online 
               Saiful Nang

Via: SK



Sumber Pertikai laungan azan mendayu-dayu macam dalam pertandingan azan ketika kebakaran pusat tahfiz, Saiful Nang buat permohonan maaf terbuka

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2woFYZg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.