Facebook Menguji Ciri Pengecaman Wajah Untuk Mendapatkan Akses Ke Akaun Kembali
Pada hari ini, sekiranya anda terlupa kata laluan atau akses ke akaun Facebook anda, ia perlu melalui pengesahan kod SMS atau melalui emel. Kini, gergasi laman sosial berkenaan dilihat menguji sebuah kaedah baru, iaitu menggunakan sokongan pengecaman wajah untuk mendapatkan akses kembali ke akaun anda.
Facebook menguji kaedah ini untuk memastikan ia adalah akaun anda dengan membuat imbasan pada wajah, sekaligus memberikan akses terus ke akaun Facebook yang anda terlupa kata laluan.
Buat masa ini, Facebook masih pada peringkat ujian untuknya – dan sekiranya ia berjalan lancar, dan ciri pengecaman berkenaan berfungsi seperti yang dijangka, maka tidak mustahil kita melihat ia diperkenalkan secara meluas kepada pengguna.
Facebook sendiri pada hari ini telah mempunyai sokongan pengecaman wajah yang sangat maju – dimana ia boleh mencadangkan anda dengan tag pada gambar yang dimuat-naik secara automatik. Maka, tidak mustahil untuk turut melihat Facebook melihat kepada arena ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xM1XbG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment