Hi! Welcome Back and Stay Tune! Institusi tahfiz diberi tumpuan dalam Bajet 2018 - PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Institusi tahfiz diberi tumpuan dalam Bajet 2018 - PM Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan sesuatu berkenaan kedudukan institusi tahfiz di negara ini akan diumum dalam Bajet 2018 nanti.

Katanya, kerajaan mengambil maklum perkembangan daripada kesan peristiwa hitam kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur dan berharap tindakan lebih tegas dapat diambil dalam mengutamakan aspek keselamatan di institusi pendidikan agama itu.

"Yang lain boleh diambil kira kemudian seperti kurikulum dan sebagainya. Utamakan aspek keselamatan pelajar-pelajar.

"Kita akan umumkan sesuatu dalam Belanjawan nanti berhubung kedudukan semua tahfiz di dalam negara kita," katanya dalam sidang media selepas selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC pada Jumaat malam.

Maklum Presiden UMNO itu lagi, Bajet 2018 yang akan dibentang bulan hadapan ini tidak akan menjadi bajet yang populis, tetapi perlu teliti dan pada masa sama merangkumi perkara yang menjamin hal ehwal rakyat.

Selain itu, beliau turut berkata bahawa sebahagian nama calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sudah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Senarai tambahan akan kita kemukakan bila nama-nama calon sudah disahkan. Nama sudah ada tetapi belum sampai peringkat pengesahan lagi.

"Setakat ini Barisan Nasional (BN) sahaja sudah kemukakan nama kepada SPRM. Pembangkang belum lagi," kata beliau.

Dalam sidang media itu juga Perdana Menteri turut mengulangi tarikh Perhimpunan Agung UMNO iaitu bermula 5 Disember nanti dan ianya muktamad.



Sumber Institusi tahfiz diberi tumpuan dalam Bajet 2018 - PM Najib

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xJtnNx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.